Friday 16 December 2011

SAHABAT(12)

Sedang mereka dalam perjalanan pulang,Sumayyah,Najiha,dan Fatimah ternampak Aliya bersendirian di bus stop.

‘Eh..korang tu bukan ke Aliya?”Soal Fatimah
‘A’a lah.Nampak macam dia tengah sedih aja?”Kata Najiha.
‘Jom kita pergi dekat dia.Mungkin dia ada masalah kot.”Ajak Sumayyah.
Mereka pun pergi mendapatkan Aliya.Aliya yang sedar kehadiran sahabatnya itu,segera mengesat air matanya.

‘Assalamualaikum,boleh kitorang duduk?”Kata Sumayyah lembut.
‘Waalaikumussalam,duduk lah tak ada orang pun.”Aliya menjawab dengan suaranya yang serak.
‘Aliya kenapa awak menangis?Awak ada problem nak share dengan kitorang ke?”Tanya Fatimah .
‘A’a,kalau ada masalah kongsi lah dengan kitorang.Sharing is caring”.Kata Najiha bersahaja.
‘Tak ada apa-apalah.Jangan sibuk.Lagi pun mana ada kita menangis,mata pedih lar masuk habuk”.Aliya menjawab dengan nada yang agak kasar kerana egonya.Dia tidak mahu mengaku dirinya mempunyai masalah.

‘Alah,Liya alasan tu dah lapuk.Tak payah nak ego.Tak payah nak tipulah.Kitorang tau sangat perangai awak.Masalah tak akan selesai kalau awak pendam.Kita dah lama kenal dah macam adik-beradik pun.Kan dah janji susah senang sama-sama.”Sumayyah lembut memujuk Aliya.

Mata Aliya sudah bergenang dengan air mata.Hati Aliya tersentuh dengan keperihatinan rakan-rakannya.Walaupun dia sendiri mengkhianati persahabatan mereka,tetapi dia tetap dihargai oleh sahabatnya.Aliya sudah tidak dapat tahan sebak dan terus menangis sambil memeluk Sumayyah.

‘Sumayyah,kita mintak maaf marah dan tengking awak.”Aliya menyesal sambil menangis teresak-esak.
‘Fatimah,Najiha.Kita nak mintak maaf dekat Korang juga.Kita tau kita salah,kita lupa diri.”Aliya menangis dengan rasa sesalan dalam diri.

Satu persatu Aliya meluahkan masalahnya kepada sahabatnya.Aliya meluahkannya sehingga kering air mata dia.Rupa-rupanya Hazique bukanlah seorang yang setia.Disebabkan dia couple dengan Hazique,prestasinya merosot.Dia mula sedar kesilapannya semasa dia ternampak Hazique sedang berdua-duaan dengan budak perempuan lain.

‘Ouh macam tu,jadi awak dah clash la kan?Alhamdulillah.”Kata Najiha selamba
‘Dah la Liya,benda dah lepas pun.Jadikan pengajaran ya,Pasal awak punya pelajaran jangan risau,kitorang boleh tolong”.Kata Fatimah.
‘Betul cakap Fatti tu,awak jangan risau SPM,tahun depan.InsyaAllah boleh kejar balik pelajaran yang awak tertinggal.”Sokong Sumayyah.
‘Terimah kasih korang,ni yang kita sayang ni”.Aliya memeluk sahabatnya.

Kini mereka kembali menjadi sahabat semula.Aliya telah pun mendapat pengajaran daripada kesilapannya sendiri.Mereka sedang sibuk mengulang kaji pelajaran untuk SPM tahun hadapan pula.Persahabatan yang dijalinkan kerana Allah S.W.T, insyaAllah akan berkekalan dunia dan akhirat.

                                                              -TAMAT-

SAHABAT(11)

Exam telah pun seminggu berakhir.Mereka ada lagi dua minggu sebelum cuti akhir tahun tiba.Result mereka telah pun dipaparkan di notification board berhampiran dengan dewan tertutup.Ramai murid yang berkerumun,termasuklah Sumayyah dan Najiha.

‘Sumayyah…Alhandulillah kita bedua dapat straight A..he..he..”Kata Najiha dengan rasa begitu gembira.
‘Ye ke?Tengok..A’a lah…Alhamdulillah.Cuba tengok Fatti dapat berapa?”
‘Fatti ea…ouh..Fatti dapat satu aje B yang lain A.Alhamdulillah ok lah tu,jom bagi tau dia.”Ajak Najiha.
‘Eh kejap Jiha,result Aliya macam mana?”Soal Sumayyah.

Alangkah terkejutnya Najiha dan Sumayyah melihat keputusan peperiksaan Aliya.Aliya hanya mendapat 1A4B3C1D.Mereka berasa sangat terkejut kerana Aliya tidak pernah merosot dalam pelajaran.Walaupun Aliya tidak lagi bersahabat dengan mereka,tetapi sebagai sahabat,mereka tetap rasa sedih melihat prestasi Aliya semakin menurun.
                                                          ****

SAHABAT(10)

Dua bulan sudah berlalu,kini Aliya masih tidak mahu bertegur dengan sahabatnya semua.Dia buat tidak tahu sahaja.Final exam akan tiba tak lama lagi.Semua orang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran.Memandangkan mereka tinggal bertiga,mereka mengulang kaji pelajaran setiap hujung minggu di rumah Sumayyah.

‘Sumayyah,sedih la kita tengok Aliya semakin dingin dengan kita semua”Keluh Fatimah.
‘A’a lah..Sumayyah,kita dah selalu sama-sama kan ..Bila jadi macam ni..rasa lain pulak.Awak tak risau ke Sumayyah?”Soal Najiha.
‘Awak kata kita tak risau?Kita lagi risau tau.Dah la dah nak  final exam,kita Nampak dia belajar tapi macam tak belajar.”
‘Tu lah..Dia asyik dating aje dengan Hazique.Hari tu kan,masa kita pergi Bandar,kita Nampak diorang berdua-duaan.”Kata Fatimah.
‘Astagfirullahalazim,em..dah la korang jangan la mengumpat lagi,berdosa lah.Apa yang penting kita doakan aja supaya dia berubah ..Supaya dia dapat hidayah Allah  untuk kembali menjadi Aliya yang dulu,yang baik,terima nasihat orang dengan lapang dada.”Kata Sumayyah.

‘Amin ..InsyaAllah.Betul kata Sumayyah.”Kata Najiha menyokong Sumayyah.
                                                            ****

SAHABAT(9)

(Di sekolah)

Seperti biasa,setiap kali waktu rehat,mereka akan study sama-sama tetapi hari ini hanya Sumayyah,Najiha dan Fatimah.Sejak dari pagi tadi,Aliya tidak menegur Sumayyah ataupun sahabatnya yang lain.Malah,Aliya meminta kebenaran gurunya untuk menukar tempat duduk ke hadapan dengan alasan dia tidak Nampak walhal dia tidak mahu duduk bersebelahan dengan Sumayyah.

‘Sumayyah,kenapa dengan Aliya tu?Tiba-tiba aja tadi dekat kelas mintak tukar tempat duduk?”Soal Fatimah.
‘Tak ada apa-apa lah Fatti.Semalam,saya Cuma tegur dia.Dia tengah marah tu,biarlah dulu.Nanti bila marah dia dah reda,kita baik-baik semula dengan dia.”Sumayyah tidak mahu memberitahu perkara sebenar kerana tidak mahu membuka aib sahabatnya.
‘Em Sumayyah,awak temankan kita pergi koperasi kejap boleh?”Ajak Najiha
‘Oh,boleh,Fatti nak ikut tak?”Pelawa Sumayyah
‘Tak pa lah,kita nak buat nota,Sumayyah awak tolong belikan air kotak lemon boleh?”
‘Ok no problem”.Senyum Sumayyah

Mereka berdua pun pergi ke koperasi.


‘Sumayyah,sebernanya kan kita nak Tanya awak ni.Awak gaduh dengan Aliya pasal Hazique kan?”Soal Najiha
‘Iya,macam mana awak tau Jiha?”Sumayyah hairan.
‘Sumayyah kita dah kenal awak dengan Aliya dah lama tau.Sejak dari form one lagi.Aliya tu takkan tiba-tiba nak merajuk kalau setakat awak tegur benda kecil kan?Mesti dia bengang sebab awak tegur hubungan dia dengan Hazique betul tak?”Jelas Najiha
‘Betul.First,kita nak mintak maaf sebab tak bagi tau korang hal sebenar.Bukan apa,kita tak nak aibkan Aliya.Second,kita gaduh dengan Aliya fasal dia couple dengan Hazique.Awak jangan bagi tau orang lain tau.Ni rahsia kita dua orang saja ok?”
‘Em..ok lah janji tak bagi tau orang lain..Kita faham situasi awak.Terkejut juga kita dengar Aliya dengan Hazique ada special relationship.

Pada petang itu,mereka ada latihan bola jaring.Memandangkan Aliya merajuk dengan Sumayyah,maka tinggallah mereka bertiga bersama-sama.Sewaktu mereka sedang warm up,alangkah terkejutnya mereka bertiga melihat Aliya memakai tudung silang atas dada sehingga Nampak lehernya dan memakai pakai baju lengan pendek tanpa memakai handsocks atau inner.

‘Err….Liya kenapa awak…”Gugup Fatimah tidak percaya perubahan rakannya itu.
‘Hah..kenapa apa?Ouh..asal…aku tak tutup aurat?Kenapa aku pakai lengan pendek?Tu yang kau nak Tanya hah?Kalau kau nak nasihat aku macam Uztazah Sumayyah tu terima kasih aja la ea.”Tengking Aliya kepada Fatimah.
Terkedu mereka bertiga melihat perangai Aliya yang dah jauh berubah .

                                                          ****

SAHABAT(8)

(di rumah).

Seperti biasa apabila pulang dari sekolah,dia duduk di rumah sendirian kerana ibu bapanya sibuk menguruskan restoran mereka.Selepas makan tengah hari,Sumayyah akan membuat kerja rumahnya sambil mendengar lagu di laptopnya.Apabila kerja rumahnya selesai,dia akan melayari internet untuk update status facebook dan blognya.Alangkah terkejutnya Sumayyah apabila dia membuka blog Aliya,melihat cerita yang Aliya letak di blognya.

‘Hah.. ‘CINTA AKU & KAU”?.Sumayyah..terkejut melihat blog tersebut.Sumayyah membacanya satu persatu.Kemudian dia terus menelefon Aliya dan berkata yang dia akan berjumpa dengan Aliya di taman.

‘Assalamualaikum..Sumayyah kenapa ni?Macam penting je?”Soal Aliya pelik dengan tingkah laku Sumayyah.
‘Waalaikumussalam.Aliya kita nak Tanya awak lah.Awak ada apa-apa ke dengan Hazique?”Soal Sumayyah
‘Ar..em….Huh..Ok kita mengaku,kita secret hal ni daripada korang.Kita dengan Hazique memang rapat.Hazique ada declared dengan kita”Aliya mengaku
‘Abis tu awak terima lah?”
‘Yup..Saya terima..Sekarang saya jadi girlfriend dia.Awak saya terima dia sebab Hazique tu ambil berat,tak macam budak lelaki lain yang pernah kita kenal.Sweet sangat.”Aliya tersenyum
‘Aliya kenapa awak terima.Awakkan tau couple tu permulaan zina?”Tegas Sumayyah.
Allah S.W.T berfirman,”jangan kamu dekati zina,”(Al-Israa’,17:32).

Tiba-tiba Aliya terus berang dan menengking Sumayyah setelah mendengar penjelasan Sumayyah.

‘Sumayyah,awak ingat awak tu bagus sangat ke?Awak siapa nak halang kebebasan saya?Bukannya saya buat apa-apa dengan dia.Tak payahlah nak nasihatkan orang,macam lah diri tu tak pernah buat benda yang sama.Cerminlah diri awak Sumayyah,dulu awak pun pernah couple jugakkan?By the way,saya nak couple ke apa ke,itu hak saya.”Aliya menengking Sumayyah kerana bengang apabila Sumayyah menegur tindakannya itu.Kemudian Aliya terus meninggalkan Sumayyah.

‘Ya Allah,apa nak jadi dengan kawan aku?Dia tengking aku sebab Hazique?”Sumayyah bermonolog sendirian sedih.
                                                                      ****

SAHABAT(7)

(Di sekolah)
Sumayyah dan Najiha sedang sibuk menyapu sampah di kelas.

‘Sumayyah,cuba awak tengok tu.Aliya tu sejak akhir-akhir ni mesra sangat dengan Hazique tu.Diorang ada apa-apa ke?”Tanya Najiha kepada Sumayyah dengan mukanya berkerut-kerut kerana rasa menyampah dengan sikap Aliya yang rapat dengan Hazique.

‘Entah lah Jiha,kita pun tak tau.Kita dah tegur dia jangan rapat sangat dengan Hazique tu,tapi dia kata dia tak ada apa-apa dengan Hazique.”Jawab Sumayyah risau dengan perubahan sikap rakannya itu.

(waktu rehat)
‘Najiha jom teman kita pergi beli air dekat koperasi”.Ajak Fatimah.
Najiha dan Fatimah pun pergi ke koperasi.Tinggalah Sumayyah dan Aliya.Sedang mereka sedang membaca buku,Hazique datang mendekati mereka.
‘Hai,sibuk Nampak?”Gurau Hazique.
Aliya yang teruja dengan kehadiran Hazique terus berhenti membaca.
‘Eh Hazique..hai..”.Aliya tersenyum lebar melihat kehadiran Hazique
‘Boleh saya join korang?”Soal Hazique.

Sumayyah rasa tidak selesa apabila Hazique bertanya sedemikian.Belum sempat Sumayyah kata tidak,Aliya sudah menggangguk tanda boleh.

‘Awak tak kisah ke awak sorang lelaki yang lain perempuan?”Soal Sumayyah tegas.Walaupun dia berbicara dengan Hazique tetapi dia tidak memandang mukanya lansung.Sumayyah hanya tunduk.

‘Tak saya tak kisah.Sebab adik- beradik saya yang lain semuanya perempuan.”Jawab Hazique selamba.
                                                             *****

SAHABAT(6)

Pada petang itu,mereka tidak ada latihan jadi Aliya dan Sumayyah pun jogging bersama-sama.Aliya asyik sahaja bercerita tentang Hazique.Sumayyah yang mula-mulanya bersemangat menjadi muram dan berhenti berehat sekertika di bangku berdekatan di taman tempat mereka bersenam.

‘Pas tu kan Sumayyah Hazique tu”.Aliya seronok becerita.
‘Jap..Aliya berhenti jap cakap pasal Hazique boleh?”Sumayyah berkata lembut.
‘Hah,kenapa?Awak tak sihat ke Sumayyah?”Soal Aliya yang melihat Sumayyah yang tiba-tiba muram
‘Kita sihat cuma,kita pelik kenapa awak asyik cakap pasal Hazique je”.
‘Em..Entahlah kita rasa kita minat dekat Hazique kot.”Aliya senyum
‘Tapikan Aliya..”Belum sempat Sumayyah menyambung percakapannya Aliya dah excited semacam.Rupa-rupanya Aliya ternampak Hazique sedang bersenam juga di taman rekreasi mereka berehat.Belum sempat Sumayyah menghalang Aliya daripada memanggil Hazique,Aliya telah melakukannya.

‘Hazique,hai…sini”.Aliya memanggil Hazique sambil melambai tanggannya .
‘Ouh..hai Aliya,Sumayyah”Hazique sapa mesra.
Sumayyah berasa tidak selesa apabila Aliya terlalu mesra bersama Hazique.Mereka sangat mesra dan rancak berbual-bual.
                                                                        ****

SAHABAT(5)

Keesokannya,di kelas 4 Sains 1 terdapat seorang pelajar baru lelaki.Namanya Muhammad Hazique.Seorang yang tinggi lampai dan agak kacak.Cikgu Jasmin pun memperkenalkan murid baru tersebut kepada anak muridnya yang lain.

‘Sumayyah,handsomenya budak baru tu.Muka dia macam orang putih ada,macam cina pun ada.”Kata Aliya yang duduk bersebelahan dengan Sumayyah.
‘Ouh ye ke”.Sumayyah seperti tidak mahu ambil tahu dan sambung membaca buku.

Kriiiinggggggg!!!Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.
Kebetulan Hazique lalu di tempat Sumayyah dan rakan-rakannya yang sedang study.
Hai,boleh saya duduk dengan korang?”Hazique sapa mesra
‘Hai”.Jawab rakan-rakan Sumayyah kecuali Sumayyah.

Sumayyah hanya mendiamkan diri dan terus mengulangkaji pelajarannya tanpa mengendahkan kehadiran Hazique di situ.Hazique melihat Sumayyah khusyuk mengulangkaji pelajaran dan tidak melayannya lansung sedangkan rakan-rakan Sumayyah sibuk interview Hazique seperti dia seorang artis popular.Sumayyah juga tidak memandang muka Hazique lansung sepanjang mereka di situ.Sumayyah yang rimas dengan persekitarannya yang bising meminta untuk undurkan dirinya dan berlalu pergi meninggalakan rakan-rakannya.

‘Korang..Kita nak pergi koperasi kejap ya.Assalamualaikum”.Sumayyah beredar dari tempat duduknya.
                                                         ****

SAHABAT(4)

Pada setiap hari ahad pula Sumayyah akan menolong ibu dan ayahnya di restoran.Tiba-tiba Aliya datang ke restorannya.

‘Assalamualaikum,auntie Sumayyah ada?”Tanya Aliya kepada Puan Siti.
‘Waalaikumussalam,eh Aliya ..Sumayyah ada dekat dapur tengah potong sayur.Pergilah belakang dapur sana.”Mesra Puan Siti.

Aliya pun pergi ke belakang dapur dan berjumpa dengan Sumayyah yang sedang sibuk memotong sayur-sayuran

‘Assalamualaikum,uztazah Sumayyah.Sibuk Nampak,kita kacau ke?”Gurau Aliya.
‘Waalaikumussalam,kita bukan uztazah lar.Sibuk sikit.Kejap lagi siap la.Kenapa ada hal penting ke?”
‘Ada nak cerita dan nak mintak tolong sikit”.Aliya memberitahu Sumayyah.
‘Ceritalah,apa dia?”

Aliya pun mula bercerita masalahnya kepada Sumayyah sambil membantu Sumayyah di dapur.Aliya memberitahu Sumayyah yang dia pernah menegur sepupunya supaya memakai tudung di bawah paras dada.Nasihatnya bukan diterima malah dia dimarahi pulak sepupunya itu.

‘Ouh macam tu ke,Aliya kita nak menasihatkan orang kena sabar.Bukan semua orang boleh terima nasihat kita dengan lapang dada.”Nasihat Sumayyah.
‘Tau lah tapi dia tak patut marah kita kan.Kalau tak suka cakap aja lah”.Aliya mengadu dengan mulutnya yang muncung.
‘Em,Aliya kita kalau nak suruh orang tu baik,kita tak boleh merungut.Ya lah mestilah dia malu bila awak tegur dia macam tu.Awak kena sabar kalau nak suruh sepupu awak pakai tudung cara yang betul.Ada cara dia.”.Tegur Sumayyah tenang.
                                                                 ****

SAHABAT (3)

Seperti biasa setiap hari sabtu mereka berempat akan pergi ke library untuk study sama-sama.
‘Sumayyah mana Jiha dengan Fati ni?Dah pukul 10 kot.”Aliya mengerutkan dahinya
‘Sabar lah kejap.Rumah diorang kan jauh mesti susah nak dapat bas.Liya jangan la macam tu kita kena faham masalah diorang jugak.Dah  jangan kedut-kedut muka tu cepat tua baru tau”.Sumayyah memujuk Aliya.

(10 minit kemudian)
‘Assalamualaikum,guys mintak maaf sangat-sangat,kita lewat keluar rumah tadi ada hal sikit.”Najiha memberitahu rakan-rakannya tercungap-cungap
Sorry jugak..Tadi kita bangun lambat..He..he..”.Fatimah memberi alasan kenapa dia lewat.
‘Em dah lar tak apa…Jom kita masuk  library.”Sumayyah berkata.

Krook..Tiba-tiba mereka terdengar bunyi yang pelik..
‘Eh..bunyi apa tu?Kuatnya..”.Soal Fatimah.
‘Korang dah pukul 1 petang ni,lapar lah..Perut aku yang bunyi..He..he..”Senyum Aliya malu kerana perutnya berkeroncong kuat.Menyebabkan kawan-kawannya tergelak.
‘Ha..ha..alar kesiannya kawan kita seorang ni.Ok lah..jom..Kita belanja korang makan kat makan cepat.”Kata Najiha.
‘Hah?Makan cepat ..Apa tu?”Soal teman-temannya pelik.
‘Ha..ha..fastfood la.Saja kita tukar jadi bahasa melayu.”Selamba Najiha menjawabnya.
Kemudian kawan-kawannya tergelak.
                                                               ****

SAHABAT(2)

Kriiiingggggggggg!!!!!Tepat pukul 2 petang loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat.

‘Fuhhhh…banyaknya homework..”Keluh Aliya
‘Alar Liya biasalah..nama pun belajar”.Kata Fatimah
‘Dah la jangan merungut nanti ilmu tak berkat nanti baru tau,tengok ustazah kita dari tadi senyap aja tak merungut pun.Ada apa-apa ke ustazah?.”Tegur Najiha kepada rakan-rakannya sambil menyakat Sumayyah.
‘Ish…tak ada apa-apalah tengah fikir ni nak pergi ke tak latihan bola jaring petang ni.”
‘La kenapa tak nak pergi pulak?”Tanya Najiha
‘Macam malas la pulak..He..he..”Jawab Sumayyah tersengih Nampak giginya yang rata.
‘Pulak…Dah jangan ngada-ngada lah pergi jom.”Najiha jawab tegas.
‘A’a la Sumayyah jom lah,kita kena seimbangkan kesihatan rohani dan jasmani baru lah belajar boleh masuk otak”.Aliya memberi pendapat.
‘Betul cakap diorang,kita kan dah naik tingkatan empat,ingat tak cikgu cakap kena kumpulkan markah kokurikulum untuk masuk IPTA nanti.”Fatimah menjawab menyokong kata-kata rakannya.
‘Em ya lah..Tak pasal-pasal kita dapat dengar ceramah free.”Sumayyah senyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal tu.

Mereka pun pergi ke kantin untuk makan tengah hari.Kemudia mereka pergi ke surau untuk menunaikan solat Zohor.Mereka sering menunaikan solat Zohor berjemaah kerana Rasulullah S.A.W bersabda,mafhumnya:
“Solat berjemaah itu lebih afdal(baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat”.
                                                                                           (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selepas mereka selesai solat,mereka pergi ke bilik salin untuk menukar baju rumah sukan masing-masing.
‘Ok..kita dah siap”.Kata Sumayyah.
‘Sama..dah siap jugak”.Kata Najiha,Aliya dan Fatimah.
‘Eh..Jap..”.Sumayyah melabuhkan tudung Aliya ke paras bawah dada,yang pada mulanya tergantung di atas paras dada.
‘Kenapa awak turunkan tudung saya Sumayyah?”Aliya hairan dengan tindakan Sumayyah.
‘Bukan apa Liya,kita tak nak awak dapat dosa.Awak tau kalau kita ni,perempuan kena pakai tudung bawah paras dada lepas tu baju mesti labuh bawah paras punggung.Sebab aurat,kalau kita pakai tudung atas dada dan pakai baju atas punggung,kalau lelaki Nampak boleh sebabkan timbul syahwat pada mereka tau.Kesian awak ,kesian diorang.”Nasihat Sumayyah dengan lembut.
‘Ouh ya ke..Maaflah kita baru tau.Malu pulak rasanya.Terima kasih Sumayyah kalau awak tak cakap bertambahlah dosa kita”Aliya menerima teguran Sumayyah dengan lapang dada.
‘Kita sayang awak sebagai sahabat sebab tu kita tegur.”Senyum Sumayyah.

Ingatlah Rasulullah pernah bersabda:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” Hadith Riwayat Muslim, bernombor 3971.

Mereka pun pergi ke padang untuk  mengikuti latihan bola jaring.Mereka merupakan pemain bola jaring sekolah yang bermain bola jaring hingga ke peringkat daerah dan berlatih untuk pertandingan yang akan datang.Setelah mereka selesai membuat latihan,mereka pulang ke rumah masing-masing.Sumayyah pulang bersama Aliya kerana mereka tinggal di taman perumahan yang sama,Cuma selang beberapa rumah sahaja jaraknya.
                                                            ****

SAHABAT(1)

Nurul Sumayyah seorang pelajar di Smk Sultan Ismail,berada di tingkatan empat.Pelajar aliran sains tulen.Merupakan anak tunggal dan ibu bapanya,Puan Siti dan Encik Rahim mempunyai restoran sendiri.Merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya.Seorang  yang peramah dan sangat disenangi oleh orang-orang sekelilingnya.

Seperti biasa setiap kali waktu rehat Sumayyah akan berehat bersama teman-teman karibnya iaitu Najiha,Aliya dan Fatimah.Mereka akan duduk di meja bulat berhampiran dengan gymnasium
‘Korang nak makan ke study?”Soal Sumayyah kepada teman-temannya.
‘Nak study”.Jawab Aliya dan Najiha.
‘Nak makan,laparlah”.Jawab Fatimah pula sambil pegang perutnya
‘Em kalau macam tu kita beli biskut dengan air kotak dekat koperasi.Sambil makan sambil study,ok?Sumayyah memberi pendapat.
‘Ha ok..ok..sokong 100%..”.Fatimah menjawab.
Mereka semua ketawa kerana geli hati melihat gelagat Fatimah yang lapar
                                                                 ****

Thursday 15 December 2011

SAHABAT (SINOPSIS)

SAHABAT MENGISAHKAN 4 SAHABAT YANG SANGAT RAPAT SEPERTI ADIK-BERADIK.SALING MENASIHAT KE ARAH KEBAIKAN.TETAPI TIMBUL KONFLIK DALAM PERHUBUNGAN PERSAHABATAN MEREKA APABILA ALIYA MULA BERUBAH DENGAN KEHADIRAN SESEORANG DALAM HIDUPNYA.

SELAMAT MEMBACA DAN HARAP DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN DAN TAULADAN.SEGALA YANG BAIK DATANG DARI ALLAH DAN YANG BURUK DATANG DARIPADA DIRI SAYA SENDIRI..=)

Sunday 4 December 2011

HIJRAH HAMBA (SINOPSIS)

ASSALAMUALAIKUM..CERITA HIJRAH HAMBA MERUPAKAN PERCUBAAN PERTAMA SAYA DALAM BERKARYA

.CERITA INI MENGISAHKAN SEORANG BUDAK PEREMPUAN YANG BERNAMA SYIFA INGIN MELAKUKAN PERUBAHAN HIDUPNYA.ADAKAH DIA BERJAYA?ANDA HARUSLAH BACA DAN DAPAT MENGAMBIL PENGAJARAN DARIPADA CERITA INI. =)

 ..JIKA TERDAPAT SEBARANG KESILAPAN AYAT..HARAP DIMAAFKAN..DAN MAKLUM KESALAHANNYA.SEGALA YANG BAIK DATANG DARIPADA ALLAH DAN YANG BURUK DATANG DARIPADA DIRI SAYA SENDIRI. TERIMA KASIH.WASALAM

HIJRAH HAMBA (12)

Tanggal 27/12 merupakan tanggal keramat buat Syifa.Alhamdulillah Syifa berjaya mendapatkan 8 a’s dalam  peperiksaan PMR.Syifa juga mendapat tawaran sambung belajar di sekolah berasarama penuh.Dengan  misinya untuk menjadi muslimah sejati dan mencari Cinta,Redha,Hidayah serta Rahmat Allah.

Rakan-rakannya juga mendapat result yang sama seperti Syifa.Mereka juga berpindah sekolah ke sekolah yang dipilih.

Syifa telah masuk ke sekolah barunya dan telah mendapat sahabat baru bernama Nor Najiha.Syifa memulakan kehidupannya yang baru di tempat yang baru.Syifa berazam untuk tidak berputus asa dalam penghijrahannya dan terus membaiki kelemahan dirinya.Begitulah dugaan yang Syifa hadapi dalam kehidupannya untuk berhijrah menjadi muslimah sejati.

                                                             -TAMAT-


HIJRAH HAMBA (11)

Sejak dari hari tu,Syifa telah melakukan perubahan drastic ke atas dirinya.Jika dahulu dia meng’post’ perkara yang tidak penting di facebook dan blognya,kini dia lebih kepada dakwah islam dan kongsi mengenai perihal nasihat dan peringatan.

‘Aku mesti tekad berubah mesti..”,Kata Syifa

Syifa pun menghantar mesej terakhirnya pada Hariz dan memberi alasan untuk dia loss contact dengan Hariz.Bukan itu sajaha,Syifa juga men’delete’ Hariz daripada friend listnya.Selepas itu,Syifa merasakan hidupnya semakin tenang dan bahagia.Jika dahulu Syifa meluahkan perasaannya kepada Hariz atau rakan-rakannya,kini dia meluahkan perasaannya sama ada sedih,gembira atau gundah,Syifa akan meluahkannya dengan berdoa kepada Allah.  

Syifa dan Hariz juga sudah tidak contact lagi seperti dahulu.Syifa sekarang menjadi seorang muslimah yang tidak mudah marah dan sabar sahaja dan Syifa juga lebih menjaga auratnya dan tutr katanya.Dia sedar akan kesilapannya dahulu.Dia bersyukur kepada Allah kerana dia diberi kesempatan untuk berubah

                                                                   ******* 

HIJRAH HAMBA (10)

Seperti biasa Syifa log in facebooknya.
‘Ok..check notification..eah Hariz chat..”.Syifa berkata sendirian

Syifa..berasa gembira kerana dapat kongsi ilmu dakwah bersama rakannya itu,tetapi dalam masa yang sama Syifa merasakan kehadiran Hariz mengganggu nawaitunya untuk berubah menjadi muslimah sebenar.

‘Em tak pa lah..aku jadi friend facebook dia sampai aku dapat result PMR nanti..yeah..lepas tu aku tak akan chatting dengan dia lagi .”.Monolog Syifa sendirian.

Yakin dengan keputusan yang dibuatnya.Syifa seperti tidak sedar yang sebernanya syaitan telah memperdayakan dirinya dengan perkara-perkara yang lagha.

Pada suatu hari sedang khusyuk bermain facebook,Syifa terlihat pada artikel yang betajuk cinta palsu.Syifa khusyuk membaca artikel tersebut dan tiba-tiba hatinya terkedu dan air matanya berlinangan.Artikel tersebut membicarakan seperti yang dilakukan Syifa sekarang,bertukar-tukar artikel islam dan sebagainya.Walaupun Syifa tidak bercinta dengan Hariz tetapi kadang-kadang mereka berbual mengenai perkara yang sia-sia.

‘Ya Allah,astaghfirullahalazim..apa aku buat ni..aku buta ..aku tak Nampak syaitan sedang mempermainkan aku.”,Syifa bermonolog sendirian menyesal.

Pada malam itu,Syifa bermunajat memohon keampuanan kepada Allah.

‘Ya Allah ,hamba memohon keampunan-Mu..maafkanlah hamba kerana lupa akan-Mu.Hamba bersyukur kerana Engkau memberi hamba peluang bertaubat,Ya Allah.”.Syifa berdoa dan air matanya tidak henti-henti mengalir.
                                                                       *****

HIJRAH HAMBA (9)

Suatu hari Syifa pergi ke MPH bookstore dengan kawan-kawannya.Pada mulanya Syifa ingin membeli novel English,tetapi matanya terpandang dan tertarik untuk membeli buku motivasi Batu-bata Kehidupan karya Hilal Asyraf.

‘Em..macam pernah kenal aja nama Hilal Asyraf ni.”.Kata Syifa sendirian
‘Em nak beli ke tak ea..em..harga dia lebih murah daripada harga novel English ni..beli buku motivasi ni larh.”
‘Korang lapar la jom pergi lunch kat kfc?”Ajak Shini
‘Ok jom..a’a la perut saya da bunyi ni..krukkrakrukrak”.Kata Izzati.

Syifa dan rakan-rakannya ketawa bersama.
Syifa pun pulang setelah puas hang out bersama teman-temannya.Sampai sahaja di rumah Syifa terus baring dalam biliknya.

‘Fuhh…penatnya..em nak baca buku la.Em nice title.Ok ..chapter 1.”.
Syifa khusyuk membaca buku motivasi tersebut dan dia berasa sesuatu dalam dirinya.Dia berasa ingin taubat dan menyesal kerana dia tersedar yang rupa-rupanya dia telah lupa azamnya dahulu.Buku tersebut seperti membuka hati dan matanya.Dia merasakan Allah telah membuka pintu hatinya dan memberi dia peluang sekali lagi untuk bertaubat dan berubah.

                                                           ****

HIJRAH HAMBA (8)

PMR pun tiba pada tanggal 4/10..Syifa berasa sangat gementar kerana dia tidak menyangka bahawa dia akan menghadapi peperiksaan besar ini.Setelah PMR selesai,Syifa berasa sangat gembira dan bersyukur kerana dapat menjawab dengan tenang,begitu juga dengan kawan-kawannya.Apa yang perlu dia lakukan seterusnya adalah tawakal,kerana selepas berusaha kita hendaklah tawakal.

Cuti sekolah akhir tahin pun tiba,seperti biasa umi dan walid mereka tidak cuti tetapi walid mereka akan bawa mereka bercuti sebelum cuti sekolah tamat.

‘Akak Syifa nak pinjam laptop boleh? “
‘Ha..ok..boleh ambik la dekat dalam almari”
Syifa pun membuka facebooknya.Terdapat 10 orang yang menghantar friend request padanya.
‘Wah banyaknya friend request..ok…approve..approve”Syifa berkata sendirian.
Tiba-tiba ..terdapat seseorang budak lelaki bernama Hariz  memulakan chatting dengannya.
‘Eh siapa ni?..”

Syifa pun berchatting dengan Hariz.Lama-kelamaan dia semakin rapat dengan Hariz.Mereka banyak berchatting pasal tips-tips pelajaran.Tambahan pula,Hariz merupakan kenalan kepada rakannya di sekolah.Lama-kelamaan..mereka saling bertukar nombor handphone dan ber sms..mengenai pelbagai perkara.

Syifa dan Hariz saling menghantar article mengenai dakwah juga kadang-kala.Syifa juga rajin mengupdated blognya,dengan lebih banyak ceritanya yang tak penting berbanding mengenai pasal dakwah islam.Syifa merasakan post article Islamic di facebook..sudah cukup.Dia seperti lupa akan azamnya untuk berubah,untuk transform to a better muslimah.  
                                                                   *******

HIJRAH HAMBA (7)

‘Em..Syifa..tak nak ke pakai handsocks pergi sekolah?”Tanya Saffiya semasa mereka sedang     bersiap-siap untuk pergi sekolah.
‘Ha..handsocks?.em..entah la kak..
‘Tak pa lah..akak cuma tanya sahaja..akak turun dulu ya..Nanti jangan lupa tutup suis kipas”

Walaupun mereka tidur berlainan bilik..tetapi Syifa gemar bersiap-siap di bilik kakaknya.Soalan kakaknya tadi bermain-main di fikirannya.Tanpa disedari Syifa tangan Syifa seperti bergerak sendiri mengambil handsocks dalam alamarinya,lalu memakainya.Syifa sendiri tidak tahu mengapa dia melakukan sedemikian.

Sejak dari hari itu,Syifa mula melakukan perubahan pada dirinya,dia lebih menjaga auratnya berbanding dahulu.Jika dulu dia memakai tudung silang atas dada tetapi kini dia memakai tudung labuh bawah paras dada.Syifa sedar yang dia telah mendapat hidayah Allah.Dia besyukur kepada Allah kerana membuka pintu hatinya untuk berhijrah menjadi muslimah sejati.

(di sekolah)

Kriiiingggggggggggg!!!!..loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi tingkatan satu hingga tingkatan tiga.
Seperti biasa,Syifa dan kawan-kawan baiknya akan rehat bersama di meja bulat berhampiran dewan sekolah.

‘Syifa ,awak pakai handsocks?”Tanya Nadihan.
‘ouh em..yup..ok kan?korang tak da problemkan saya pakai handsocks?”jawab Syifa selamba
Mereka jawab serentak ‘mestilah tak..”..kemudian semua tergelak..
Ana pun berkata’tak kisah la Syifa..i’m proud of you my dear”.Ana memuji Syifa.Ana memang tak pernah lepas dengan speakingnya.
‘yup..kitorang sokong 100%..ha ha”Kata Izzati.

Syifa berasa sungguh gembira dan bersyukur kerana Allah mengurniakan dia kawan-kawan yang baik hati dan memahami perubahan dirinya. 
                                                             ****

HIJRAH HAMBA (6)

‘Em..kak Fiya hari ni kan Syifa ada kelas science la..Syifa balik pukul 3.30 petang so,akak balik dengan zikir la ya.”kata Syifa manja .
‘Ya lah..tak apa akak tak kisah..tapi ingat jangan nak melencong pulak balik nanti”pesak Saffiya kepada adiknya.

Setelah kelas tamat Syifa pun pulang ke rumah bersama kawan baiknya merangkap jirannya jugak, Ana dan Izzati.Mereka berbual rancak semasa pulang.Syifa juga memberitahu mereka sebab lain kenapa Syifa terlalu marah akan Zack.

Selepas selesai tazkirah,Encik Syamsul memanggil Syifa masuk ke dalam bilik bacaan.
‘Assalamualaikum,ya walid nak cakap pasal apa?”Tanya Syifa kebingungan.
‘Waalaikumussalam,masuk Syifa..Sebernanya walid tau kejadian pagi tadi antara Syifa dengan umi.Syifa,Syifa masih muda,tapi Syifa tau bezakan baik dengan burukkan?Oleh sebab itu,walid tak nak cakap panjang-panjang..Cuma satu sahaja walid nak cakap..
Allah S.W.T berfirman,”jangan kamu dekati zina,”(Al-Israa’,17:32).
Faham?”Nasihat Encik Syamsul tenang.
‘Baik walid,Syifa tau Syifa salah langkah,Syifa akan usaha perbaiki kelemahan Syifa walid,InsyaAllah”.Jawab Syifa

‘InsyaAllah..harapnya begitu..dah pergi ulangkaji lepas tapi jangan sampai lewat malam..jangan lupa bangun awal pagi buat solat-solat sunat..selamat malam..Syifa..Assalamualaikum”Pesan walidnya
‘Baik walid,selamat malam juga..walid pun jangan baca buku sampai lewat malam..Waalaikumussalam”.Senyum walidnya

‘Kak Fiya,Kak Syifa,Zikir masuk tidur dulu ya..selamat malam ..assalamualaikum”.Zikir mencium tangan kedua-dua kakaknya.
‘Akak dengar lagu apa tu?Khusyuk nya..”
‘Ouh nah ..Syifa dengar lagu ni..lagu Maher Zain..sedap tau tenang saja musiknya.’
‘Nak dengar..”.

Syifa pun mendengar lagu Maher Zain ‘The Choosen One’.Apabila Syifa mendengar lagu tersebut,dia merasakan sesuatu yang menggetar kan jiwanya.Dia merasakan seperti mahu menangis,sebak,dan tenang.Syifa rasa seperti dia mahu mendengar lagu tersebut berulang kali.
                                                    
                                                                    ****

HIJRAH HAMBA (5)

(di sekolah)

Zack mula menegur Syifa yang sedang bertugas di library.
Hye Syifa..awak cantik la hari ni..saya ada something nak cakap dengan awak ni,jom pergi taman lepas kelas tambahan”.Kata Zack dengan nada yang selamba.
‘Assalamualaikum..terima kasih untuk pujian tu,kalau nak cakap tak payah pergi taman,cakap aja la dekat sini pun bolehkan?”jawab Syifa tegas.

Zack yang berasa malu memberikan berbagai alasan untuk mempertahankan dirinya.Syifa yang bersa kurang senang dengan kehadiran Zack terus meminta diri dan pergi jauh dari Zack.

‘Geram betul la,menyirap aja darah orang dibuatnya”Rungut Syifa sendirian.

Izzati,shini,ana dan Nadihan yang kebetulan lalu di situ,ternampak Syifa seperti mengomelkan sesuatu.Mereka pun merancang untuk mengejutkan Syifa.
‘ok,1..2..3..SYIFA!!”mereka serentak menyebut nama Syifa dengan nada yang kuat.
‘oh mak kau jatuh,aduh astaghfirullahalazim,ish Korang ni buat tekejut saya aja lah,”Tegas Syifa
Mereka semua ketawa kerana geli hati mendengar Syifa melatah.

Ana pun memujuk Syifa,’alar sori la Syifa,kitorang gurau aja.Ala comelnya dia merajuk”.Ana mencubit pipi Syifa yang tembam.’Tadi kitorang Nampak awak macam mengomel sesuatu aja..kenapa?
‘Ye la Syifa apa kes?”sampuk Izzati selamaba.
Nadihan dan Shini pun bertanya perkara yang sama pada Syifa.
‘Ok la..oleh sebab korang bestfriends saya dan beriya nak tau,saya bagi tau la ye kenapa saya macam merungut aja tadi..Macam ni pada suatu hari sang burung pun..
Tiba-tiba kawan-kawannya memotong percakapan Syifa..
‘Ei serius la..main-main pulak dia..”.marah rakannya
‘He..he..sori la..chill..saja je..ok..ok..mcm ni..korang kenal kan Zack?Ha tadi masa kat library..dia jumpa saya..dia kata ada benda nak cakap ..cara dia cakap macam penting aja..tapi masalahnya..dia puji-puji saya cantik la..apa la..macam nak mengurat aja..lepas tu,dia kata nak jumpa kat taman lepas kelas..tu yang saya geram tu “..cerita Syifa.

’ouh pasal mamat poyo tu?,em eh awak tak payah layan dia..awak tau tak yang dia tu playboy..dia da ada ramai awek tau tak?Nasihat Izzati
‘Eh betul ke?”Syifa menggaru kepalanya yang tidak gatal.
Nadihan membalas persoalan Syifa.’Betul la..cakap Zati tu..saya pernah Nampak dia dating dengan seorang awek ni dekat mall.
Tiba-tiba shini menyampuk;’em..Syifa saya rasa kan..dia nak declare la dengan awak untuk jadi girlfriend dia.”
‘a’a saya pun rasa macam tu baik awak tinggalkan aja dia,means u just forget him my dear sister”Ana memberi pendapat.

‘Astaghfirullahalzaim..geramnya dengan mamat tu ..Em..ok..lah..nasib baik korang ada..kalau tak sampai bila-bila saya tak tau perangai dia..fuhhh..”Syifa menarik nafas lega tetapi dalam masa yang sama dia berasa sangat geram kerana dipermain-mainkan oleh seorang lelaki.

Kemudian mereka semua berbual bersama-sama.Kemudian masuk ke kelas semula kerana loceng telah berbunyi menandakan waktu rehat telah tamat.

                                                                  ****** 

HIJRAH HAMBA (4)

Seperti biasa pada pukul 4 pagi Puan Iman dan Encik Syamsul akan bangun  dari tidur untuk menunaikan solat sunat tahajjud bersama.Selepas itu,Puan Iman akan menyediakan sarapan manakala Encik Syamsul akan membaca buku-buku keagamaan dan motivasi.

Semasa Puan Iman lalu di hadapan bilik anak-anaknya,beliau terdengar suara seperti orang sedang berbual-bual yang datang dari bilik anakya,Syifa.

‘Eh..Arul betul ke yang Zack tu suka kat aku?mcm tak percaya je…ha..ha.”Syifa sedang berbual rancak di handphone Nokianya bersama rakan sekelasnya bernama Kamarul.
Puan Iman yang mendengar perbualan mereka,masuk ke dalam bilik Syifa dengan wajah yang agak tegas.Syifa terkejut lalu memutuskan percakapannya di handphone.
Umi..ar..(Syifa gugup)..bila umi masuk bilik Syifa?Syifa tak dengar pun..”Syifa resah.
‘Syifa cakap dengan siapa?”Tanya uminya tegas.
‘Dengan kawan kelas Syifa nama dia Kamarul”.Jawab Syifa bersalah.Syifa tau yang dia tidak sepatutnya berbuat demikian.

‘Ya ALLAH..Syifa..umi bukan tak kasi Syifa berkawan dengan budak lelaki tapi Syifa tau kan ada batas-batasnya.Bercakap pasal benda yang tak elok pulak tu.Lagi satu tadi umi dengar Syifa ada cakap yang ada budak laki suka dekat Syifa betul?”Tanya uminya tegas.
‘Em..Syifa tau umi ..Syifa..tak sengaja.Betul memang ada budak laki nama dia Zack.Kawan Syifa kata dia suka Syifa.”jawab Syifa.

‘Umi faham perasaan Syifa pertama kali tau yang ada budak lelaki minat dekat Syifa,tapi Syifa kena ingat..Syifa baru sahaja masuk kealam remaja,Syifa kena pandai jaga diri,kawal perasaan,nafsu..dan yang paling penting maruah Syifa sebagai seorang muslimah.Syifa cinta monyet ni bukannya cinta sejati,ni cinta nafsu,tau tak?
‘Tapi umi,Zack cuma nak kawan dengan Syifa aja,”jawab Syifa mepertahankan dirinya
Uminya sambung,’Syifa nak kawan boleh tapi berjaga-jaga la.Umi takut nanti mula-mula kawan lepas tu ajak keluar..lepas tu..nak buat apa pulak.Syifa tak tengok tv ke?tak baca surat khabar ke?banyak kes buang bayi sebab apa ?soal Puan Iman kepada Syifa.
‘Sebab cinta umi”.jawab Syifa malu terhadap dirinya.
‘Tau pun.Umi bukan nak marah Syifa ni sekadar peringatan untuk Syifa supaya hal macam ni tak terjadi lagi,faham Syifa Nur Iman?”soal uminya dengan nada yang tegas.
‘Faham umi”.Jawab Syifa nadanya seakan-akan mahu menangis.

‘Lupa umi nak tanya Syifa suka Zack juga ke?”Uminya menyoal seperti penyiasat.
‘Minat aja umi,tak lebih dari tu pun”.’Syifa tu semua mainan syaitan,sayang.Umi nak syifa lupakan dia ya?Umi nak Syifa focus dulu dalam pelajaran ok?.Soal Puan Iman lembut.
Syifa angguk kepala.Syifa meminta maaf pada uminya lalu memeluk uminya dengan perasaan kesal
‘Syifa lama lagi Syifa nak pikir pasal hal cinta ni ok?”

Setelah menasihati anaknya,Puan Iman pun turun untuk menyediakan sarapan.
Selepas kejadian itu,Syifa segera menunaikan solat sunat taubat untuk memohon keampuanan daripada ALLAH..atas kesilapannya

Encik Syamsul memanggil isterinya.
‘Sayang apa yang bising-bising kat bilik Syifa tadi?’soal Encik Syamsul
‘Em..tak da bang, sayang cuma tegur aja Syifa fasal perangai dia”.jawab Puan Iman
‘Pasal apa?”.
‘Syifa dia berbual-bual dengan kawan laki dia subuh-subuh ni,pasal ada budak laki suka dekat dia,sayang pun tegur la dia”
‘Astaghfirullahalazim..Em Syifa-Syifa..(Encik Syamsul menggeleng-geleng kepalanya tanda kesal dengan perbuatan anaknya,Syifa)

                                                                         *****