Sejarah kertas tiga:
1)LATAR
BELAKANG REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN DI EROPAH
Revolusi
bermaksud suatu perubahan besar yang berlaku mendadak dan menyeluruh dari segi
politik,social atau ekonomi.Selain itu,terdapat dua jenis revolusi di Eropah iaitu yang
pertama Revolusi Pertanian dan yang kedua Revolusi Perindustrian.Terdapat
beberapa contoh revolusi
seperti,revolusi politik.Berlaku apabila satu kebangkitan menukarkan system
pemerintahan.Seperti system colonial
kepada pemerintahan peribumi.Revolusi
boleh berlaku dalam jangka masa yang lama dan secara berterusan.Selain
itu,revolusi tidak berlaku secara
mendadak malah berperingkat-peringkat.Revolusi
pertanian berlaku akibat pengeluaran makanan secara besar-besaran.Lebihan
pengeluaran makanan dijadikan sebagai bahan dagangan.Revolusi pertanian berperanan menyediakan asas bagi Revolusi perindustrian.
2)CIRI-CIRI,FAKTOR
DAN KESAN PERKEMBANGAN
i)REVOLUSI
PERTANIAN
Revolusi pertanian
telah meningkatkan ekonomi Eropah.Terdapat
beberapa factor berlakunya revolusi
pertanian.Antaranya,perubahan dalam system
penggunaan tanah.Yang kedua terdapat perubahan
dalam system pemilikan tanah.Terdapat juga penggunaan kaedah atau teknik
saintifik dalam pertanian.Kaedah ataupun teknik ini adalah seperti penanaman
efisien,penggunaan peralatan baru dan penggunaan baja.Kaedah pemasaran produk pertanian dengan melakukan
penanaman secara besar-besaran.Tuan tanah juga memanfaatkan tanah awam iaitu dengan membenarkan rakyat
memanfaatkan tanah tersebut bertujuan untuk pengeluaran secara besar-besaran.Terdapat
juga system penanaman secara berladang
di mana terdapat kawasan yang lebih luas untuk penanaman secara besar-besaran.Kegiatan
pertanian sepatutnya dijalankan secara
besar-besaran bagi memaksimumkan keuntungan.
Dari segi factor perkembangan revolusi pertanian adalah
disebabkan kemajuan teknologi ketika itu.Kaedah penanaman yang digunakan adalah secara bergilir.Ia bermaksud tanah tersebut digunakan secara
berterusan sepanjang tahun.Walaupun terdapat perubahan musim,tetapi mereka
memanfaatkan situasi tersebut dengan menanam jenis tanaman berbeza mengikut
musim.Sebagai inesiatif tambahan,tanaman
baru diperkenalkan seperti turnip dan kentang.Selain itu,dari peralatan terdapat alat menggali untuk
menggali lubang yang lebih besar serta alat menugal.Kesannya,penanaman bijih
benih dapat dilakukan secara serentak.Dengan merovolusikan cara penanaman hasil pertanian dapat
dipertingkatkan.Tambahan pula,penggunaan
baja asli secara meluas membantu meningkatkan kesuburan tanah.Kaedah pemasaran produk pertanian dilakukan
apabila terdapat lebihan hasil pertanian tersebut.
Kesan
daripada
revolusi pertanian ini,pertanian telah
menjadi punca ekonomi Negara.Penanaman
bijiran seperti gandum dan jagung pilihan utama dalam bidang pertanian.Apabila
hasil pertanian ini mencukupi untuk
keperluan harian,lebihan produk akan dieksport.Hal ini menunjukkan bahawa revolusi pertanian adalah bidang yang dapat
menyediakan makanan yang mencukupi.Maka,peladang besar menjadi pedagang antarabangsa lalu tercetusnya
revolusi perindustrian.Kegiatan ini telah dijalankan secara besar-besaran,oleh
itu keuntungan dapat dimaksimumkan.Kegiatan
Revolusi perindustrian iaitu pembuatan telah menggatikan
pertanian.Kesannya,ramai rakyat menjadi buruh industry.Kemudian,kedudukan tuan
tanah diambil alih oleh pemilik kilang.
ii)REVOLUSI
PERINDUSTRIAN
Revolusi Perindustrian
telah mengambil alih selepas Revolusi Pertanian.Ia berlaku apabila peralihan industry desa kepada perkilangan.Perindustrian
ini telah menghasilkan produk secara
kecil-kecilan dengan menggunakan tenaga manusia.Seterusnya,ciptaan mesin baru dihasilkan secara
besar-besaran mengubah kepada perkilangan.Maka,penciptaan mesin dapat mengeluarkan barangan secara
berterusan.Lebihan produk yang dihasilkan telah diperdagangkan secara komersial.Oleh
itu,skala pengeluaran bertambah besar
hasil lebihan yang dihasilkan.
Revolusi perindustrian
ini juga telah berkembang hasil daripada kemajuan teknologi.Penggunaan mesin berkuasa wap yang
digunakan untuk memacu bot telah menggantikan tenaga manusia yang digunakan
untuk mendayung.Barangan juga dikeluarkan secara besar-besaran.Maka kos
pengeluaran akan menjadi murah.Para pedagang
telah mendapat keuntungan daripada aktiviti tersebut dan keuntungan tersebut
digunakan untuk mempertingkatkan aktiviti pengeluaran dan perdagangan.Pada
zaman ini juga,pelbagai mesin telah
direka melalui kajian dan kreativiti para ahli teknologi dan saintis.John
Newcomen merupakan orang yang telah
mencipta mesin enjin berkuasa wap hasil pembakaran arang batu di mana
membantu perkembangan system pengangkutan.Lalu tercetusnya penciptaan kereta api dan kapal laut.James Watt merupakan orang
yang telah memperbaik lagi enjin
berkuasa wap cipataan John Newcomen yang dapat mengeluarkan tenaga lebih
efisien.Kemudian,Flying Shuttle
mesin dalam industry tekstil rekaan John Kay bertujuan untuk mempercepatkan
kerja menenun kain.Oleh itu,tercipta mesin pemintal benang Spinning Jenny dan
Water Frame yang dicipta Richard Arkwright yang membantu pekerja memintal benang dengan lebih banyak lagi.
Kesan daripada Revolusi
Perindustrian ini,lebihan produk
perindustrian diperdagangkan pada peringkat antarabangsa dan keuntungan
dimaksimumkan.Britain telah menjadi penggendali
perdagangan antarabangsa iaitu eksport dan import.Mennyebabkan Britain menjadi Negara penjajah utama kerana
memerlukan lebih banyak bahan mentah.Kesaanya,British menjadi kuasa maritime yang ulung.Sistem pengangkutan telah
dipertingkatkan oleh Britain bagi melakukan aktiviti mengeksport modal ke
seberang laut.Perubahan dalam system domestic berlaku dengan penciptaan
kereta api.Maka,lebih banyak gerabak dapat mengangkut barangan dan juga pekerja
kilang.Revolusi Perindustrian ini juga telah menyebabkan munculnya golongan buruh dan majikan.Hal ini
kerana,golongan buruh yangt tidak mendapata layanan atau pembelaan
sewajarnya.Pekerja bawahan pula tidak dapat menyesuaikan diri dengan perubahan
ini.Majikan pula ketika itu tidak semuanya bertimbang rasa.Mereka terpengaruh
pada falsafah dan system ekonomi bebas di mana tiada campur tangan kerajaan.
3)JELASKAN
ASPEK SUMBANGAN REVOLUSI PERTANIAN TERHADAP PERKEMBANGAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN
DI EROPAH.
Revolusi Pertanian
telah membantu perkembangan Revolusi Perindustrian.Modal yang disediakan oleh peladang kain antara penyumbang kepada
Revolusi Perindustrian.Para pleading yang kaya hasil daripada pertanian telah
melabur lebihan modal mereka dalam perindutrian.Perubahan sikap peladang yang sanggup mengambil
risiko walaupun tidak menjanjikan pulangan dalam bidang perindustrian.Revolusi
Pertanian juga telah menyediakan bahan
makanan untuk menampung keperluan pekerja kilang yang semakin meningkat.Oleh
itu,Britain tidak bergantung kepada
pengimportan bahan makanan dari luar.Dana
yang diselamatan dapat dilaburkan dalam sector industry.Melalui dana ini,dapat mebantu lagi pertumbuhan dan
perkembangan industry.Selain itu,Revolusi Perindustrian juga dibantu dengan rekaan dalam bidang sains
dan teknologi.Semangat dan kegiatan keusahawanan yang dijalankan member banyak
sumbangan kepada revolusi ini.Tambahan pula,semangat inovatif dan kreativiti peladang telah memajukan lagi
zaman ini.
4)BAGAIMANAKAH
KITA MEMANFAATKAN SUMBER BAHAN MENTAH/YANG ADA DI MALAYSIA BAGI KEMAJUAN NEGARA.
Sumber bahan mentah bermanfaat kepada Negara
kerana dengan adanya sumber bahan mentah maka terdapat pembukaan tanah-tanah baru untuk pertanian.Secara tidak lansung
dapat meningkatkan ekonomi Negara di samping mencegah masalah pengangguran di
Malaysia.Penubuhan FELDA adalah disebabkan buah kelapa sawit dan getah yang
semakin meningkat harganya.Kegunaan yang
yang pelbagai menyebabkan permintaan semakin meningkat.Selain itu,untuk memudahkan urusan bahan mentah penyatuan
tanah-tanah untuk pertanian diletakkan di bawah FELCRA.Bagi melicinkan lagi
urusan,program buku merah untuk menilai
keberkesanan projek pertanian diadakan.Tambahan pula,penubuhan pusat penyelidikan pertanian ditubukan untuk melakukan kajian mengenai bahan mentah untuk masa
hadapan.Antara pusat penyelidikan yang ditubuhkan ialah MARDI yang menjalankan penyelidikan dari segi sains, teknikal, ekonomi dan sosial
berkenaan dengan: pengeluaran, penggunaan dan pemprosesan
segala tanaman (kecuali getah, kelapa sawit dan koko), ternakan dan
makanan.MARDI juga pusat pengumpulan dan penyebaran maklumat dan nasihat
berkenaan dengan perkara saintifik, teknikal dan ekonomi yang berkaitan dengan
industri makanan dan pertanian serta industri asas tani. Memberi pelbagai jenis latihan untuk memajukan
industri makanan dan pertanian serta industri asas tani.Penubuhan FAMA
bertujuan menyelia,meyelaras,mengawalselia dan memajukan pemasaran keluaran
pertanian Malaysia,termasuk pengimportan dan pengeksportan.Program yang
dijalankan kerajaan iaitu pembangunan
lima tahun adalah untuk memajukan Negara.Penubuhan Lembaga Industri Berat
Negara(MIDA)adalah untuk menyelaras industry Negara.Penyediaan kawasan zon
bebas perdagangan di Senawang dan Sg Way dan pengurangan cukai adalah bertujuan
menarik pelabur asing.Kesannya Malaysia akan bertambah maju dari segi
ekonomi .Terdapat dasar ekonomi baru
dilancarkan untuk membangunkan Negara selain pertanian.PETRONAS adalah salah
satu dasar ekonomi baru yang ditubuhkan untuk usaha cari gali minyak.Kerajaan
telah menyediakan tenaga buruh mahir untuk keperluan industry.Penggunaan teknolgi moden juga merupakan keperluan industry di samping membuat
penambahbaikan infrastruktur yang lain.Untuk membuat kajian yang teperinci
juga kerajaan telah menubuhkan
Universiti Pertanian Malaysia(UPM).Segalan kemajuan yang dikecapi melalui
manfaat bahan mentah menjadikan Malaysia kawasan aman,bebas dan berkecuali.Penyediaan
jalinan pengangkutan dan perhubugan
adalah factor kemajuan Malaysia.
5)JELASKAN KEJAYAAN NEGARA MALAYSIA
SETELAH MEMANFAATKAN SUMBER BAHAN MENTAH/YANG ADA DI MALAYSIA.
Malaysia
telah melalui pelbagai cabaran dan rintangan sebelum dan selepas
kemerdekaan.Dalam membangunkan ekonomi Negara hingga stabil bukannlah perkara
yang mudah.Antara sumbangan kepada kemajuan
ekonomi Negara adalah bahan mentah.Bahan-bahan mentah yang terdapat di Malaysia
telah mengembangkan lagi kegiatan perindustrian.Kesannya,pelbagai pemodenan yang berlaku dalam sector pertanian seperti kegunaan
jentera-jentera moden.Kegiatan maritim juga berkembang dengan pesat melalui
hubungan dagangan Malaysia dengan Negara asing.Secara tidak lansung hubungan antarabangsa
berkembang.Maka,Malaysia akan menjadi pusat tumpuan pelancong asing seantero
dunia.Perkembangan teknologi moden
memesatkan lagi pembangunan dan ekonomi Negara.Pelbagai penambahbaikan telah dilakukan untuk menaikkan taraf
kemajuan system pengangkutan.Selain itu,kemajuan
system komunikasi juga telah dijalankan dengan penghantaran satelit,dengan
ini memudahkan lagi interaksi dengan
Negara luar tanpa had.Malaysia juga mampu untuk membuka lebih banyak tanah baru
untuk pertanian.Oleh itu,tiada lagi masalah pengangguran dan kemiskinan di
Malaysia.
6)i:CABARAN YANG DIHADAPI OLEH MALAYSIA
DALAM MEMAJUKAN NEGARA.
Setiap
Negara maju yang telah Berjaya ke persada dunia bukanlah mendapat kejayaan
tersebut dengan mudah.Sudah pasti terdapat banyak cabaran yang harus ditempuhi
sebelum ke peringkat seterusnya hingga berjaya.Begitu juga dengan Negara
Malaysia.Pelbagai cabaran yang dihadapi.Cabaran yang mesti dilalui ialah tekanan daripada Negara maju dimana kita harus
mempunyai strategi yang tepat untuk
menyaingi Negara-negara tersebut.Di zaman dunia yang kian maju ini
persaingan ekonomi dunia sangat sengit,terutama dalam bidang teknologi.Apabila terlalu mengejar kemajuan pasti akan
berlaku pencemaran.Oleh itu,kerajaan terpaksa mencari penyelesaian bagi mengatasi masalah pencemaran yang kian buruk
seperti pencemaran udara dan air.Nilai wang di dunia kian meningkat,pendapatan
rakyat juga kian tinggi,secara tidak lansung akan membawa kepada kenaikan harga barang.Hal ini amat mebimbangkan
kerana jika ekonomi berada dalam keaadaan yang tidak stabil,ia akan memberi
kesan buruk.Untuk mencapai segala kemajuan
dari segi teknologi dan komunikasi amat sukar dan memerlukan tenaga
mahirKekurangan tenaga mahir meyukarkan dan melambatkan proses untuk
menjadikan Malaysia sebagai Negara maju
setaraf dengan Negara-negara yang lain.
ii)LANGKAH-LANGKAH UNTUK MENGATASI CABARAN.
Segala masalah
yang dihadapi pasti akan menemui penyelesaiannnya.Apa yang perlu dilakukan
pertama sekali adalah kita harus
memperkukuhkan perpaduan rakyat.Kesefahaman amat penting kerana ia adalah
tunjang kepada kemajuan Negara.Apabila persefahaman dapat dicapai maka akan
terhasil pelbagai idea baru dan penyelesaian
masalah yang dihadapi.Selain itu,untuk menjadi Negara maju setiap masyarakat memainkan peranan yang amat
penting dengan meneroka teknologi baru.Langkah ini dapat dilaksanakan dengan melihat perkembangan
teknolgi Negara-negara luar dan mengaplikasikannya.Kita juga boleh membuat
perubahan kepada teknolgi tersebut agar terdapat pembaharuan.Kerajaan juga
haruslah meningkatkan lagi penyelidikan
dan pembangunan(R&D) dengan melihat segala kekurangan yang perlu ditambah
baik.Dasar ekonomi baru perlu
diteruskan sebagai alternative untuk menyokong ekonomi perindustrian dan
pertanian.Mutu pendidikan di Malaysia
juga perlu ditingkatkan agar generasi seterusnya tahu dan mempunyai perancangan
yang lebih bernas dan segar untuk memajukan Negara.Tambahan pula,mereka dapat membuat pembaharuan terhadap kemajuan
yang sedia agar agar menjadi lebih baik.
7)NYATAKAN NILAI-NILAI MURNI/PATRIOTISME
DARIPADA REVOLUSI PERTANIAN DAN REVOLUSI PERINDUSTRIAN YANG BOLEH DITERAPKAN
DEMI KEMAJUAN NEGARA KITA.
Sebagai
masyarakat Malaysia yang bertanggungjawab kita sepatutnya menanamkan semangat patriotisme dan nilai-nilai murni dalam diri agar
kemajuan Negara dapat dicapai.Kita haruslah melatih diri agar menjadi seorang yang berdikari kerana jika kita
terus bergantung kepada orang lain agak sukar untuk kita mencapai kemajuan
dalam kehidupan.Jadikan kemajuan Negara
lain sebagai panduan untuk memajukan Negara.Kita amat bertuah kerana dapat hidup di Malaysia yang kaya dengan pelbagai
sumber alam sekitar ciptaan tuhan.Oleh itu,kita haruslah bijak memanfaatkannya untuk kebaikan kepada semua.Tanpa
sumber alam tersebut belum tentu kita akan dapat mencapai kemajuan dan
peningkatan ekonomi Negara.Untuk
memajukan Negara tercinta kita tidak boleh bersikap mudah putus asa.Hal ini
kerana,jika kita mudah putus asa,orang lain mudah mengambil kesempatan ke atas
kita.Jika kita tidak rajin berusaha juga
kita mungkin akan mengalami kerugian kerana mungkin terdapat kebaikan terhadap
kemajuan yang kita lakukan jika kita memamanfaatkan sepenuhnya.Mungkin juga
kita tidak lihat kebaikan yang diterima dan orang lain yang Nampak akan kebaikkannya akan
memanfaatkannya.Mencapai taraf
Negara mudah bukanlah mudah,kita harus
bersifat kreatif dan inovatif.Setiap penemuan yang dijumpa,kita haruslah
kreatif dalam mengaplikasikannya.Benar,mungkin sesetengah orang amat sukar menerima perubahan zaman yang serba moden
dan maju ini.Jadi kita haruslah bersiap sedia menerima perubahan tersebut agar
tidak ketinggalan dengan kemajuan dunia yang serba baru ini.Keamajuan juga
tidak akan dikecapi jika Negara mengalami masalah perpaduan.Kita sebagai
rakyat Malaysia yang pelbagai bangsa duduk di dalam satu komuniti harus saling memahami dan bekerjasama dalam
meningkatkan taraf kemajuan Negara.Keamanan yang dikekalkan juga haruslah
berkekalan agar tiada peresengketaan berlaku dalam perbuhan zaman yang moden
ini.Mencipta sesuatu yang baru adalah perkara yang baik kerana kita dapat menambah
baik ekonomi dan kemajuan Negara yang masih dalam zon selamat.Namun,dalam kesibukan mencipta kemajuan Negara jangan
dilupa pula tradisi yang telah lama wujud dalam Negara ini,kerana tradisi ini
juga merupakan factor yang membantu dalam kemajuan Negara.
8)RUMUSAN
Berdasarkan
pemerhatian dan kajian yang dilakukan,saya telah memperoleh pelbgai pengetahuan baru tentang revolusi pertanian
dan perindustrian serta kemajuan Negara Malaysia yang dikecapi hari
ini.Betapa sukar dan plebagai cabaran
serta perkara harus dilakukan untuk pergi ke peringkat sterusnya hingga
diiktiraf menjadi Negara maju.Apa yang paling penting ataupun iktibar yang
saya dapat dalam mencapai kecemerlangan
diri,bangsa dan Negara adalah dengan mempunyai pengetahuan yang cukup mengenai
perkembangan dunia.Dengan itu,kita tahu
apa yang perlu dilakukan untuk masa hadapan.Kita harus mempunyai pelan strategi
yang terbaik.Harapan saya Malaysia
dapat menyaingi Negara-negara maju lain dari segi pembangunan,ekonomi dan
social.Saya juga berharap Malaysia
dapat melahirkan generasi yang lebih baik untuk masa hadapan bagi melopori
ekonomi Negara Malaysia kepada yang lebih cemerlang.
No comments:
Post a Comment