Sunday 4 December 2011

HIJRAH HAMBA (1)

Syifa nur iman menjerit-jerit seperti orang kena rasuk,lalu umi dan walidnya yang mendengar jeritannya segera datang dan menenangkan syifa.Uminya berkata ‘syifa,kenapa ni?”.’syifa mimpi ada orang nak culik syifa umi’.Walidnya pun berkata ‘ sudahla syifa mimpi tu kan mainan syaitan,istighfar banyak-banyak”.Umi dan walidnya pun keluar dari bilik syifa.

‘Ya Allah..Astagfirullahalazim”,Syifa beristighfar banyak kali..selepas itu,Syifa terus bangun dari tempat tidurnya dan terus bersiap-siap untuk pergi ke sekolah..

‘Umi,walid morning!’..’ouh em..assalamualaikum umi,walid..he..he..
‘waalaikumussalam’..umi dan walidnya jawab serentak..sambil tersenyum..

Umi dan walid Syifa,Puan Iman dan Encik Syamsul merupakan doktor di Hospital Pakar Johor..kedua-dua mereka berdua merupakan doctor pakar dan dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu,saffiya nur iman yang berumur 16 tahun,syifa nur iman berumur 15 tahun dan Muhammad zikir nur iman berumur 13 tahun yang bersekolah di SMK XXX.

‘Assalamualaikum umi,walid’serentak Saffiya dan Zikir memberi salam kepada umi dan walid mereka.
‘Em..sedapnya bau umi masak apa sarapan hari ni?’kata zikir..
‘Umi masak nasi goreng je..sedap ke umi masak?’gurau Puan Iman..
‘Mestilah sedap kan walid?”kata syifa mengusik uminya..
‘em..alhamdulillah mestilah sedap..umi kamu semua kan masterchef dalam rumah ni..”(semua orang ketawa)
‘Dah..la..cukup la tu puji umi..cepat makan..nanti lambat pula nak pergi sekolah”..pesan uminya..
(semua orang mula makan dengan bacaan doa makan yang dibaca  oleh Encik Syamsul).


                                                                     ******* 

No comments:

Post a Comment