Friday 16 December 2011

SAHABAT(10)

Dua bulan sudah berlalu,kini Aliya masih tidak mahu bertegur dengan sahabatnya semua.Dia buat tidak tahu sahaja.Final exam akan tiba tak lama lagi.Semua orang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran.Memandangkan mereka tinggal bertiga,mereka mengulang kaji pelajaran setiap hujung minggu di rumah Sumayyah.

‘Sumayyah,sedih la kita tengok Aliya semakin dingin dengan kita semua”Keluh Fatimah.
‘A’a lah..Sumayyah,kita dah selalu sama-sama kan ..Bila jadi macam ni..rasa lain pulak.Awak tak risau ke Sumayyah?”Soal Najiha.
‘Awak kata kita tak risau?Kita lagi risau tau.Dah la dah nak  final exam,kita Nampak dia belajar tapi macam tak belajar.”
‘Tu lah..Dia asyik dating aje dengan Hazique.Hari tu kan,masa kita pergi Bandar,kita Nampak diorang berdua-duaan.”Kata Fatimah.
‘Astagfirullahalazim,em..dah la korang jangan la mengumpat lagi,berdosa lah.Apa yang penting kita doakan aja supaya dia berubah ..Supaya dia dapat hidayah Allah  untuk kembali menjadi Aliya yang dulu,yang baik,terima nasihat orang dengan lapang dada.”Kata Sumayyah.

‘Amin ..InsyaAllah.Betul kata Sumayyah.”Kata Najiha menyokong Sumayyah.
                                                            ****

No comments:

Post a Comment