Friday 16 December 2011

SAHABAT(12)

Sedang mereka dalam perjalanan pulang,Sumayyah,Najiha,dan Fatimah ternampak Aliya bersendirian di bus stop.

‘Eh..korang tu bukan ke Aliya?”Soal Fatimah
‘A’a lah.Nampak macam dia tengah sedih aja?”Kata Najiha.
‘Jom kita pergi dekat dia.Mungkin dia ada masalah kot.”Ajak Sumayyah.
Mereka pun pergi mendapatkan Aliya.Aliya yang sedar kehadiran sahabatnya itu,segera mengesat air matanya.

‘Assalamualaikum,boleh kitorang duduk?”Kata Sumayyah lembut.
‘Waalaikumussalam,duduk lah tak ada orang pun.”Aliya menjawab dengan suaranya yang serak.
‘Aliya kenapa awak menangis?Awak ada problem nak share dengan kitorang ke?”Tanya Fatimah .
‘A’a,kalau ada masalah kongsi lah dengan kitorang.Sharing is caring”.Kata Najiha bersahaja.
‘Tak ada apa-apalah.Jangan sibuk.Lagi pun mana ada kita menangis,mata pedih lar masuk habuk”.Aliya menjawab dengan nada yang agak kasar kerana egonya.Dia tidak mahu mengaku dirinya mempunyai masalah.

‘Alah,Liya alasan tu dah lapuk.Tak payah nak ego.Tak payah nak tipulah.Kitorang tau sangat perangai awak.Masalah tak akan selesai kalau awak pendam.Kita dah lama kenal dah macam adik-beradik pun.Kan dah janji susah senang sama-sama.”Sumayyah lembut memujuk Aliya.

Mata Aliya sudah bergenang dengan air mata.Hati Aliya tersentuh dengan keperihatinan rakan-rakannya.Walaupun dia sendiri mengkhianati persahabatan mereka,tetapi dia tetap dihargai oleh sahabatnya.Aliya sudah tidak dapat tahan sebak dan terus menangis sambil memeluk Sumayyah.

‘Sumayyah,kita mintak maaf marah dan tengking awak.”Aliya menyesal sambil menangis teresak-esak.
‘Fatimah,Najiha.Kita nak mintak maaf dekat Korang juga.Kita tau kita salah,kita lupa diri.”Aliya menangis dengan rasa sesalan dalam diri.

Satu persatu Aliya meluahkan masalahnya kepada sahabatnya.Aliya meluahkannya sehingga kering air mata dia.Rupa-rupanya Hazique bukanlah seorang yang setia.Disebabkan dia couple dengan Hazique,prestasinya merosot.Dia mula sedar kesilapannya semasa dia ternampak Hazique sedang berdua-duaan dengan budak perempuan lain.

‘Ouh macam tu,jadi awak dah clash la kan?Alhamdulillah.”Kata Najiha selamba
‘Dah la Liya,benda dah lepas pun.Jadikan pengajaran ya,Pasal awak punya pelajaran jangan risau,kitorang boleh tolong”.Kata Fatimah.
‘Betul cakap Fatti tu,awak jangan risau SPM,tahun depan.InsyaAllah boleh kejar balik pelajaran yang awak tertinggal.”Sokong Sumayyah.
‘Terimah kasih korang,ni yang kita sayang ni”.Aliya memeluk sahabatnya.

Kini mereka kembali menjadi sahabat semula.Aliya telah pun mendapat pengajaran daripada kesilapannya sendiri.Mereka sedang sibuk mengulang kaji pelajaran untuk SPM tahun hadapan pula.Persahabatan yang dijalinkan kerana Allah S.W.T, insyaAllah akan berkekalan dunia dan akhirat.

                                                              -TAMAT-

No comments:

Post a Comment