Sunday 4 December 2011

HIJRAH HAMBA (9)

Suatu hari Syifa pergi ke MPH bookstore dengan kawan-kawannya.Pada mulanya Syifa ingin membeli novel English,tetapi matanya terpandang dan tertarik untuk membeli buku motivasi Batu-bata Kehidupan karya Hilal Asyraf.

‘Em..macam pernah kenal aja nama Hilal Asyraf ni.”.Kata Syifa sendirian
‘Em nak beli ke tak ea..em..harga dia lebih murah daripada harga novel English ni..beli buku motivasi ni larh.”
‘Korang lapar la jom pergi lunch kat kfc?”Ajak Shini
‘Ok jom..a’a la perut saya da bunyi ni..krukkrakrukrak”.Kata Izzati.

Syifa dan rakan-rakannya ketawa bersama.
Syifa pun pulang setelah puas hang out bersama teman-temannya.Sampai sahaja di rumah Syifa terus baring dalam biliknya.

‘Fuhh…penatnya..em nak baca buku la.Em nice title.Ok ..chapter 1.”.
Syifa khusyuk membaca buku motivasi tersebut dan dia berasa sesuatu dalam dirinya.Dia berasa ingin taubat dan menyesal kerana dia tersedar yang rupa-rupanya dia telah lupa azamnya dahulu.Buku tersebut seperti membuka hati dan matanya.Dia merasakan Allah telah membuka pintu hatinya dan memberi dia peluang sekali lagi untuk bertaubat dan berubah.

                                                           ****

No comments:

Post a Comment