Sunday 4 December 2011

HIJRAH HAMBA (7)

‘Em..Syifa..tak nak ke pakai handsocks pergi sekolah?”Tanya Saffiya semasa mereka sedang     bersiap-siap untuk pergi sekolah.
‘Ha..handsocks?.em..entah la kak..
‘Tak pa lah..akak cuma tanya sahaja..akak turun dulu ya..Nanti jangan lupa tutup suis kipas”

Walaupun mereka tidur berlainan bilik..tetapi Syifa gemar bersiap-siap di bilik kakaknya.Soalan kakaknya tadi bermain-main di fikirannya.Tanpa disedari Syifa tangan Syifa seperti bergerak sendiri mengambil handsocks dalam alamarinya,lalu memakainya.Syifa sendiri tidak tahu mengapa dia melakukan sedemikian.

Sejak dari hari itu,Syifa mula melakukan perubahan pada dirinya,dia lebih menjaga auratnya berbanding dahulu.Jika dulu dia memakai tudung silang atas dada tetapi kini dia memakai tudung labuh bawah paras dada.Syifa sedar yang dia telah mendapat hidayah Allah.Dia besyukur kepada Allah kerana membuka pintu hatinya untuk berhijrah menjadi muslimah sejati.

(di sekolah)

Kriiiingggggggggggg!!!!..loceng berbunyi menandakan waktu rehat bagi tingkatan satu hingga tingkatan tiga.
Seperti biasa,Syifa dan kawan-kawan baiknya akan rehat bersama di meja bulat berhampiran dewan sekolah.

‘Syifa ,awak pakai handsocks?”Tanya Nadihan.
‘ouh em..yup..ok kan?korang tak da problemkan saya pakai handsocks?”jawab Syifa selamba
Mereka jawab serentak ‘mestilah tak..”..kemudian semua tergelak..
Ana pun berkata’tak kisah la Syifa..i’m proud of you my dear”.Ana memuji Syifa.Ana memang tak pernah lepas dengan speakingnya.
‘yup..kitorang sokong 100%..ha ha”Kata Izzati.

Syifa berasa sungguh gembira dan bersyukur kerana Allah mengurniakan dia kawan-kawan yang baik hati dan memahami perubahan dirinya. 
                                                             ****

No comments:

Post a Comment