Sunday 4 December 2011

HIJRAH HAMBA (3)

(Di Rumah)

Sekitar pukul 6 petang,Puan Iman dan Encik Syamsul pun sampai di rumah.
‘Fiya,jom tolong umi masak makan malam”..Ajak Uminya..lalu Fiya membantu uminya memasak di dapur tanpa membantah.

Syifa sedang mengulangkaji pelajaran bersama adiknya di bilik belajar manakala Encik Syamsul pula sedang membaca buku motivasi sambil duduk di sofa.

Setelah mereka sekeluarga selesai menikati makan malam,mereka menunaikan solat fardhu magrib secara berjemaah diimamkan oleh walid mereka.Selepas solat,seperti biasa sementara menunggu masuk waktu fardhu isyak,Encik Syamsul akan mengajar anak-anaknya mengaji Al-Quran begitu juga Puan Iman.Selepas menunaikan solat isyak pula,Encik Syamsul akan memberikan tazkirah kepada keluarganya..sebagai santapan rohani .Beliau akan membacakan beberapa potong hadis untuk peringatan mereka sekeluarga.Begitulah aktiviti mereka sekeluarga setiap hari.

                                      ********** 

No comments:

Post a Comment