Friday 16 December 2011

SAHABAT(8)

(di rumah).

Seperti biasa apabila pulang dari sekolah,dia duduk di rumah sendirian kerana ibu bapanya sibuk menguruskan restoran mereka.Selepas makan tengah hari,Sumayyah akan membuat kerja rumahnya sambil mendengar lagu di laptopnya.Apabila kerja rumahnya selesai,dia akan melayari internet untuk update status facebook dan blognya.Alangkah terkejutnya Sumayyah apabila dia membuka blog Aliya,melihat cerita yang Aliya letak di blognya.

‘Hah.. ‘CINTA AKU & KAU”?.Sumayyah..terkejut melihat blog tersebut.Sumayyah membacanya satu persatu.Kemudian dia terus menelefon Aliya dan berkata yang dia akan berjumpa dengan Aliya di taman.

‘Assalamualaikum..Sumayyah kenapa ni?Macam penting je?”Soal Aliya pelik dengan tingkah laku Sumayyah.
‘Waalaikumussalam.Aliya kita nak Tanya awak lah.Awak ada apa-apa ke dengan Hazique?”Soal Sumayyah
‘Ar..em….Huh..Ok kita mengaku,kita secret hal ni daripada korang.Kita dengan Hazique memang rapat.Hazique ada declared dengan kita”Aliya mengaku
‘Abis tu awak terima lah?”
‘Yup..Saya terima..Sekarang saya jadi girlfriend dia.Awak saya terima dia sebab Hazique tu ambil berat,tak macam budak lelaki lain yang pernah kita kenal.Sweet sangat.”Aliya tersenyum
‘Aliya kenapa awak terima.Awakkan tau couple tu permulaan zina?”Tegas Sumayyah.
Allah S.W.T berfirman,”jangan kamu dekati zina,”(Al-Israa’,17:32).

Tiba-tiba Aliya terus berang dan menengking Sumayyah setelah mendengar penjelasan Sumayyah.

‘Sumayyah,awak ingat awak tu bagus sangat ke?Awak siapa nak halang kebebasan saya?Bukannya saya buat apa-apa dengan dia.Tak payahlah nak nasihatkan orang,macam lah diri tu tak pernah buat benda yang sama.Cerminlah diri awak Sumayyah,dulu awak pun pernah couple jugakkan?By the way,saya nak couple ke apa ke,itu hak saya.”Aliya menengking Sumayyah kerana bengang apabila Sumayyah menegur tindakannya itu.Kemudian Aliya terus meninggalkan Sumayyah.

‘Ya Allah,apa nak jadi dengan kawan aku?Dia tengking aku sebab Hazique?”Sumayyah bermonolog sendirian sedih.
                                                                      ****

No comments:

Post a Comment