Sunday 4 December 2011

HIJRAH HAMBA (10)

Seperti biasa Syifa log in facebooknya.
‘Ok..check notification..eah Hariz chat..”.Syifa berkata sendirian

Syifa..berasa gembira kerana dapat kongsi ilmu dakwah bersama rakannya itu,tetapi dalam masa yang sama Syifa merasakan kehadiran Hariz mengganggu nawaitunya untuk berubah menjadi muslimah sebenar.

‘Em tak pa lah..aku jadi friend facebook dia sampai aku dapat result PMR nanti..yeah..lepas tu aku tak akan chatting dengan dia lagi .”.Monolog Syifa sendirian.

Yakin dengan keputusan yang dibuatnya.Syifa seperti tidak sedar yang sebernanya syaitan telah memperdayakan dirinya dengan perkara-perkara yang lagha.

Pada suatu hari sedang khusyuk bermain facebook,Syifa terlihat pada artikel yang betajuk cinta palsu.Syifa khusyuk membaca artikel tersebut dan tiba-tiba hatinya terkedu dan air matanya berlinangan.Artikel tersebut membicarakan seperti yang dilakukan Syifa sekarang,bertukar-tukar artikel islam dan sebagainya.Walaupun Syifa tidak bercinta dengan Hariz tetapi kadang-kadang mereka berbual mengenai perkara yang sia-sia.

‘Ya Allah,astaghfirullahalazim..apa aku buat ni..aku buta ..aku tak Nampak syaitan sedang mempermainkan aku.”,Syifa bermonolog sendirian menyesal.

Pada malam itu,Syifa bermunajat memohon keampuanan kepada Allah.

‘Ya Allah ,hamba memohon keampunan-Mu..maafkanlah hamba kerana lupa akan-Mu.Hamba bersyukur kerana Engkau memberi hamba peluang bertaubat,Ya Allah.”.Syifa berdoa dan air matanya tidak henti-henti mengalir.
                                                                       *****

No comments:

Post a Comment