Sunday 4 December 2011

HIJRAH HAMBA (6)

‘Em..kak Fiya hari ni kan Syifa ada kelas science la..Syifa balik pukul 3.30 petang so,akak balik dengan zikir la ya.”kata Syifa manja .
‘Ya lah..tak apa akak tak kisah..tapi ingat jangan nak melencong pulak balik nanti”pesak Saffiya kepada adiknya.

Setelah kelas tamat Syifa pun pulang ke rumah bersama kawan baiknya merangkap jirannya jugak, Ana dan Izzati.Mereka berbual rancak semasa pulang.Syifa juga memberitahu mereka sebab lain kenapa Syifa terlalu marah akan Zack.

Selepas selesai tazkirah,Encik Syamsul memanggil Syifa masuk ke dalam bilik bacaan.
‘Assalamualaikum,ya walid nak cakap pasal apa?”Tanya Syifa kebingungan.
‘Waalaikumussalam,masuk Syifa..Sebernanya walid tau kejadian pagi tadi antara Syifa dengan umi.Syifa,Syifa masih muda,tapi Syifa tau bezakan baik dengan burukkan?Oleh sebab itu,walid tak nak cakap panjang-panjang..Cuma satu sahaja walid nak cakap..
Allah S.W.T berfirman,”jangan kamu dekati zina,”(Al-Israa’,17:32).
Faham?”Nasihat Encik Syamsul tenang.
‘Baik walid,Syifa tau Syifa salah langkah,Syifa akan usaha perbaiki kelemahan Syifa walid,InsyaAllah”.Jawab Syifa

‘InsyaAllah..harapnya begitu..dah pergi ulangkaji lepas tapi jangan sampai lewat malam..jangan lupa bangun awal pagi buat solat-solat sunat..selamat malam..Syifa..Assalamualaikum”Pesan walidnya
‘Baik walid,selamat malam juga..walid pun jangan baca buku sampai lewat malam..Waalaikumussalam”.Senyum walidnya

‘Kak Fiya,Kak Syifa,Zikir masuk tidur dulu ya..selamat malam ..assalamualaikum”.Zikir mencium tangan kedua-dua kakaknya.
‘Akak dengar lagu apa tu?Khusyuk nya..”
‘Ouh nah ..Syifa dengar lagu ni..lagu Maher Zain..sedap tau tenang saja musiknya.’
‘Nak dengar..”.

Syifa pun mendengar lagu Maher Zain ‘The Choosen One’.Apabila Syifa mendengar lagu tersebut,dia merasakan sesuatu yang menggetar kan jiwanya.Dia merasakan seperti mahu menangis,sebak,dan tenang.Syifa rasa seperti dia mahu mendengar lagu tersebut berulang kali.
                                                    
                                                                    ****

No comments:

Post a Comment