Sunday 4 December 2011

HIJRAH HAMBA (4)

Seperti biasa pada pukul 4 pagi Puan Iman dan Encik Syamsul akan bangun  dari tidur untuk menunaikan solat sunat tahajjud bersama.Selepas itu,Puan Iman akan menyediakan sarapan manakala Encik Syamsul akan membaca buku-buku keagamaan dan motivasi.

Semasa Puan Iman lalu di hadapan bilik anak-anaknya,beliau terdengar suara seperti orang sedang berbual-bual yang datang dari bilik anakya,Syifa.

‘Eh..Arul betul ke yang Zack tu suka kat aku?mcm tak percaya je…ha..ha.”Syifa sedang berbual rancak di handphone Nokianya bersama rakan sekelasnya bernama Kamarul.
Puan Iman yang mendengar perbualan mereka,masuk ke dalam bilik Syifa dengan wajah yang agak tegas.Syifa terkejut lalu memutuskan percakapannya di handphone.
Umi..ar..(Syifa gugup)..bila umi masuk bilik Syifa?Syifa tak dengar pun..”Syifa resah.
‘Syifa cakap dengan siapa?”Tanya uminya tegas.
‘Dengan kawan kelas Syifa nama dia Kamarul”.Jawab Syifa bersalah.Syifa tau yang dia tidak sepatutnya berbuat demikian.

‘Ya ALLAH..Syifa..umi bukan tak kasi Syifa berkawan dengan budak lelaki tapi Syifa tau kan ada batas-batasnya.Bercakap pasal benda yang tak elok pulak tu.Lagi satu tadi umi dengar Syifa ada cakap yang ada budak laki suka dekat Syifa betul?”Tanya uminya tegas.
‘Em..Syifa tau umi ..Syifa..tak sengaja.Betul memang ada budak laki nama dia Zack.Kawan Syifa kata dia suka Syifa.”jawab Syifa.

‘Umi faham perasaan Syifa pertama kali tau yang ada budak lelaki minat dekat Syifa,tapi Syifa kena ingat..Syifa baru sahaja masuk kealam remaja,Syifa kena pandai jaga diri,kawal perasaan,nafsu..dan yang paling penting maruah Syifa sebagai seorang muslimah.Syifa cinta monyet ni bukannya cinta sejati,ni cinta nafsu,tau tak?
‘Tapi umi,Zack cuma nak kawan dengan Syifa aja,”jawab Syifa mepertahankan dirinya
Uminya sambung,’Syifa nak kawan boleh tapi berjaga-jaga la.Umi takut nanti mula-mula kawan lepas tu ajak keluar..lepas tu..nak buat apa pulak.Syifa tak tengok tv ke?tak baca surat khabar ke?banyak kes buang bayi sebab apa ?soal Puan Iman kepada Syifa.
‘Sebab cinta umi”.jawab Syifa malu terhadap dirinya.
‘Tau pun.Umi bukan nak marah Syifa ni sekadar peringatan untuk Syifa supaya hal macam ni tak terjadi lagi,faham Syifa Nur Iman?”soal uminya dengan nada yang tegas.
‘Faham umi”.Jawab Syifa nadanya seakan-akan mahu menangis.

‘Lupa umi nak tanya Syifa suka Zack juga ke?”Uminya menyoal seperti penyiasat.
‘Minat aja umi,tak lebih dari tu pun”.’Syifa tu semua mainan syaitan,sayang.Umi nak syifa lupakan dia ya?Umi nak Syifa focus dulu dalam pelajaran ok?.Soal Puan Iman lembut.
Syifa angguk kepala.Syifa meminta maaf pada uminya lalu memeluk uminya dengan perasaan kesal
‘Syifa lama lagi Syifa nak pikir pasal hal cinta ni ok?”

Setelah menasihati anaknya,Puan Iman pun turun untuk menyediakan sarapan.
Selepas kejadian itu,Syifa segera menunaikan solat sunat taubat untuk memohon keampuanan daripada ALLAH..atas kesilapannya

Encik Syamsul memanggil isterinya.
‘Sayang apa yang bising-bising kat bilik Syifa tadi?’soal Encik Syamsul
‘Em..tak da bang, sayang cuma tegur aja Syifa fasal perangai dia”.jawab Puan Iman
‘Pasal apa?”.
‘Syifa dia berbual-bual dengan kawan laki dia subuh-subuh ni,pasal ada budak laki suka dekat dia,sayang pun tegur la dia”
‘Astaghfirullahalazim..Em Syifa-Syifa..(Encik Syamsul menggeleng-geleng kepalanya tanda kesal dengan perbuatan anaknya,Syifa)

                                                                         *****

No comments:

Post a Comment