Friday 16 December 2011

SAHABAT(2)

Kriiiingggggggggg!!!!!Tepat pukul 2 petang loceng sekolah berbunyi menandakan waktu sekolah telah tamat.

‘Fuhhhh…banyaknya homework..”Keluh Aliya
‘Alar Liya biasalah..nama pun belajar”.Kata Fatimah
‘Dah la jangan merungut nanti ilmu tak berkat nanti baru tau,tengok ustazah kita dari tadi senyap aja tak merungut pun.Ada apa-apa ke ustazah?.”Tegur Najiha kepada rakan-rakannya sambil menyakat Sumayyah.
‘Ish…tak ada apa-apalah tengah fikir ni nak pergi ke tak latihan bola jaring petang ni.”
‘La kenapa tak nak pergi pulak?”Tanya Najiha
‘Macam malas la pulak..He..he..”Jawab Sumayyah tersengih Nampak giginya yang rata.
‘Pulak…Dah jangan ngada-ngada lah pergi jom.”Najiha jawab tegas.
‘A’a la Sumayyah jom lah,kita kena seimbangkan kesihatan rohani dan jasmani baru lah belajar boleh masuk otak”.Aliya memberi pendapat.
‘Betul cakap diorang,kita kan dah naik tingkatan empat,ingat tak cikgu cakap kena kumpulkan markah kokurikulum untuk masuk IPTA nanti.”Fatimah menjawab menyokong kata-kata rakannya.
‘Em ya lah..Tak pasal-pasal kita dapat dengar ceramah free.”Sumayyah senyum dan menggaru kepalanya yang tidak gatal tu.

Mereka pun pergi ke kantin untuk makan tengah hari.Kemudia mereka pergi ke surau untuk menunaikan solat Zohor.Mereka sering menunaikan solat Zohor berjemaah kerana Rasulullah S.A.W bersabda,mafhumnya:
“Solat berjemaah itu lebih afdal(baik) daripada solat bersendirian dengan 27 kali darjat”.
                                                                                           (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Selepas mereka selesai solat,mereka pergi ke bilik salin untuk menukar baju rumah sukan masing-masing.
‘Ok..kita dah siap”.Kata Sumayyah.
‘Sama..dah siap jugak”.Kata Najiha,Aliya dan Fatimah.
‘Eh..Jap..”.Sumayyah melabuhkan tudung Aliya ke paras bawah dada,yang pada mulanya tergantung di atas paras dada.
‘Kenapa awak turunkan tudung saya Sumayyah?”Aliya hairan dengan tindakan Sumayyah.
‘Bukan apa Liya,kita tak nak awak dapat dosa.Awak tau kalau kita ni,perempuan kena pakai tudung bawah paras dada lepas tu baju mesti labuh bawah paras punggung.Sebab aurat,kalau kita pakai tudung atas dada dan pakai baju atas punggung,kalau lelaki Nampak boleh sebabkan timbul syahwat pada mereka tau.Kesian awak ,kesian diorang.”Nasihat Sumayyah dengan lembut.
‘Ouh ya ke..Maaflah kita baru tau.Malu pulak rasanya.Terima kasih Sumayyah kalau awak tak cakap bertambahlah dosa kita”Aliya menerima teguran Sumayyah dengan lapang dada.
‘Kita sayang awak sebagai sahabat sebab tu kita tegur.”Senyum Sumayyah.

Ingatlah Rasulullah pernah bersabda:
“Ada dua golongan yang akan menjadi penghuni neraka. Aku belum pernah melihat mereka iaitu golongan yang mempunyai cemeti-cemeti bagaikan ekor lembu yang digunakan untuk memukul orang dan golongan kedua adalah para wanita yang berpakaian tetapi telanjang, berlenggang-lenggok ketika berjalan, menarik perhatian orang yang melihat mereka. Kepala mereka bagaikan bonggol unta yang senget. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak dapat mencium bau wanginya. Sesungguhnya bau wangi syurga boleh terhidu dari jarak perjalanan yang sangat jauh.” Hadith Riwayat Muslim, bernombor 3971.

Mereka pun pergi ke padang untuk  mengikuti latihan bola jaring.Mereka merupakan pemain bola jaring sekolah yang bermain bola jaring hingga ke peringkat daerah dan berlatih untuk pertandingan yang akan datang.Setelah mereka selesai membuat latihan,mereka pulang ke rumah masing-masing.Sumayyah pulang bersama Aliya kerana mereka tinggal di taman perumahan yang sama,Cuma selang beberapa rumah sahaja jaraknya.
                                                            ****

2 comments: