Friday 16 December 2011

SAHABAT(7)

(Di sekolah)
Sumayyah dan Najiha sedang sibuk menyapu sampah di kelas.

‘Sumayyah,cuba awak tengok tu.Aliya tu sejak akhir-akhir ni mesra sangat dengan Hazique tu.Diorang ada apa-apa ke?”Tanya Najiha kepada Sumayyah dengan mukanya berkerut-kerut kerana rasa menyampah dengan sikap Aliya yang rapat dengan Hazique.

‘Entah lah Jiha,kita pun tak tau.Kita dah tegur dia jangan rapat sangat dengan Hazique tu,tapi dia kata dia tak ada apa-apa dengan Hazique.”Jawab Sumayyah risau dengan perubahan sikap rakannya itu.

(waktu rehat)
‘Najiha jom teman kita pergi beli air dekat koperasi”.Ajak Fatimah.
Najiha dan Fatimah pun pergi ke koperasi.Tinggalah Sumayyah dan Aliya.Sedang mereka sedang membaca buku,Hazique datang mendekati mereka.
‘Hai,sibuk Nampak?”Gurau Hazique.
Aliya yang teruja dengan kehadiran Hazique terus berhenti membaca.
‘Eh Hazique..hai..”.Aliya tersenyum lebar melihat kehadiran Hazique
‘Boleh saya join korang?”Soal Hazique.

Sumayyah rasa tidak selesa apabila Hazique bertanya sedemikian.Belum sempat Sumayyah kata tidak,Aliya sudah menggangguk tanda boleh.

‘Awak tak kisah ke awak sorang lelaki yang lain perempuan?”Soal Sumayyah tegas.Walaupun dia berbicara dengan Hazique tetapi dia tidak memandang mukanya lansung.Sumayyah hanya tunduk.

‘Tak saya tak kisah.Sebab adik- beradik saya yang lain semuanya perempuan.”Jawab Hazique selamba.
                                                             *****

No comments:

Post a Comment