Friday 16 December 2011

SAHABAT(1)

Nurul Sumayyah seorang pelajar di Smk Sultan Ismail,berada di tingkatan empat.Pelajar aliran sains tulen.Merupakan anak tunggal dan ibu bapanya,Puan Siti dan Encik Rahim mempunyai restoran sendiri.Merupakan pelajar cemerlang di sekolahnya.Seorang  yang peramah dan sangat disenangi oleh orang-orang sekelilingnya.

Seperti biasa setiap kali waktu rehat Sumayyah akan berehat bersama teman-teman karibnya iaitu Najiha,Aliya dan Fatimah.Mereka akan duduk di meja bulat berhampiran dengan gymnasium
‘Korang nak makan ke study?”Soal Sumayyah kepada teman-temannya.
‘Nak study”.Jawab Aliya dan Najiha.
‘Nak makan,laparlah”.Jawab Fatimah pula sambil pegang perutnya
‘Em kalau macam tu kita beli biskut dengan air kotak dekat koperasi.Sambil makan sambil study,ok?Sumayyah memberi pendapat.
‘Ha ok..ok..sokong 100%..”.Fatimah menjawab.
Mereka semua ketawa kerana geli hati melihat gelagat Fatimah yang lapar
                                                                 ****

No comments:

Post a Comment