Friday 16 December 2011

SAHABAT(11)

Exam telah pun seminggu berakhir.Mereka ada lagi dua minggu sebelum cuti akhir tahun tiba.Result mereka telah pun dipaparkan di notification board berhampiran dengan dewan tertutup.Ramai murid yang berkerumun,termasuklah Sumayyah dan Najiha.

‘Sumayyah…Alhandulillah kita bedua dapat straight A..he..he..”Kata Najiha dengan rasa begitu gembira.
‘Ye ke?Tengok..A’a lah…Alhamdulillah.Cuba tengok Fatti dapat berapa?”
‘Fatti ea…ouh..Fatti dapat satu aje B yang lain A.Alhamdulillah ok lah tu,jom bagi tau dia.”Ajak Najiha.
‘Eh kejap Jiha,result Aliya macam mana?”Soal Sumayyah.

Alangkah terkejutnya Najiha dan Sumayyah melihat keputusan peperiksaan Aliya.Aliya hanya mendapat 1A4B3C1D.Mereka berasa sangat terkejut kerana Aliya tidak pernah merosot dalam pelajaran.Walaupun Aliya tidak lagi bersahabat dengan mereka,tetapi sebagai sahabat,mereka tetap rasa sedih melihat prestasi Aliya semakin menurun.
                                                          ****

No comments:

Post a Comment