Friday 16 December 2011

SAHABAT(9)

(Di sekolah)

Seperti biasa,setiap kali waktu rehat,mereka akan study sama-sama tetapi hari ini hanya Sumayyah,Najiha dan Fatimah.Sejak dari pagi tadi,Aliya tidak menegur Sumayyah ataupun sahabatnya yang lain.Malah,Aliya meminta kebenaran gurunya untuk menukar tempat duduk ke hadapan dengan alasan dia tidak Nampak walhal dia tidak mahu duduk bersebelahan dengan Sumayyah.

‘Sumayyah,kenapa dengan Aliya tu?Tiba-tiba aja tadi dekat kelas mintak tukar tempat duduk?”Soal Fatimah.
‘Tak ada apa-apa lah Fatti.Semalam,saya Cuma tegur dia.Dia tengah marah tu,biarlah dulu.Nanti bila marah dia dah reda,kita baik-baik semula dengan dia.”Sumayyah tidak mahu memberitahu perkara sebenar kerana tidak mahu membuka aib sahabatnya.
‘Em Sumayyah,awak temankan kita pergi koperasi kejap boleh?”Ajak Najiha
‘Oh,boleh,Fatti nak ikut tak?”Pelawa Sumayyah
‘Tak pa lah,kita nak buat nota,Sumayyah awak tolong belikan air kotak lemon boleh?”
‘Ok no problem”.Senyum Sumayyah

Mereka berdua pun pergi ke koperasi.


‘Sumayyah,sebernanya kan kita nak Tanya awak ni.Awak gaduh dengan Aliya pasal Hazique kan?”Soal Najiha
‘Iya,macam mana awak tau Jiha?”Sumayyah hairan.
‘Sumayyah kita dah kenal awak dengan Aliya dah lama tau.Sejak dari form one lagi.Aliya tu takkan tiba-tiba nak merajuk kalau setakat awak tegur benda kecil kan?Mesti dia bengang sebab awak tegur hubungan dia dengan Hazique betul tak?”Jelas Najiha
‘Betul.First,kita nak mintak maaf sebab tak bagi tau korang hal sebenar.Bukan apa,kita tak nak aibkan Aliya.Second,kita gaduh dengan Aliya fasal dia couple dengan Hazique.Awak jangan bagi tau orang lain tau.Ni rahsia kita dua orang saja ok?”
‘Em..ok lah janji tak bagi tau orang lain..Kita faham situasi awak.Terkejut juga kita dengar Aliya dengan Hazique ada special relationship.

Pada petang itu,mereka ada latihan bola jaring.Memandangkan Aliya merajuk dengan Sumayyah,maka tinggallah mereka bertiga bersama-sama.Sewaktu mereka sedang warm up,alangkah terkejutnya mereka bertiga melihat Aliya memakai tudung silang atas dada sehingga Nampak lehernya dan memakai pakai baju lengan pendek tanpa memakai handsocks atau inner.

‘Err….Liya kenapa awak…”Gugup Fatimah tidak percaya perubahan rakannya itu.
‘Hah..kenapa apa?Ouh..asal…aku tak tutup aurat?Kenapa aku pakai lengan pendek?Tu yang kau nak Tanya hah?Kalau kau nak nasihat aku macam Uztazah Sumayyah tu terima kasih aja la ea.”Tengking Aliya kepada Fatimah.
Terkedu mereka bertiga melihat perangai Aliya yang dah jauh berubah .

                                                          ****

No comments:

Post a Comment