Friday 16 December 2011

SAHABAT(5)

Keesokannya,di kelas 4 Sains 1 terdapat seorang pelajar baru lelaki.Namanya Muhammad Hazique.Seorang yang tinggi lampai dan agak kacak.Cikgu Jasmin pun memperkenalkan murid baru tersebut kepada anak muridnya yang lain.

‘Sumayyah,handsomenya budak baru tu.Muka dia macam orang putih ada,macam cina pun ada.”Kata Aliya yang duduk bersebelahan dengan Sumayyah.
‘Ouh ye ke”.Sumayyah seperti tidak mahu ambil tahu dan sambung membaca buku.

Kriiiinggggggg!!!Loceng berbunyi menandakan waktu rehat.
Kebetulan Hazique lalu di tempat Sumayyah dan rakan-rakannya yang sedang study.
Hai,boleh saya duduk dengan korang?”Hazique sapa mesra
‘Hai”.Jawab rakan-rakan Sumayyah kecuali Sumayyah.

Sumayyah hanya mendiamkan diri dan terus mengulangkaji pelajarannya tanpa mengendahkan kehadiran Hazique di situ.Hazique melihat Sumayyah khusyuk mengulangkaji pelajaran dan tidak melayannya lansung sedangkan rakan-rakan Sumayyah sibuk interview Hazique seperti dia seorang artis popular.Sumayyah juga tidak memandang muka Hazique lansung sepanjang mereka di situ.Sumayyah yang rimas dengan persekitarannya yang bising meminta untuk undurkan dirinya dan berlalu pergi meninggalakan rakan-rakannya.

‘Korang..Kita nak pergi koperasi kejap ya.Assalamualaikum”.Sumayyah beredar dari tempat duduknya.
                                                         ****

No comments:

Post a Comment